Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet kerajaan Pakatan Harapan fokus salur pertumbuha­n ekonomi kepada rakyat

-

LABUAN: Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan pada 2 November depan akan memberi fokus dalam menyalurka­n pertumbuha­n ekonomi negara kepada semua rakyat, terutama mereka di dalam kategori B40 dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah, berkata langkah itu penting dalam memastikan rakyat di semua peringkat menikmati faedah daripada pembanguna­n negara.

“Bajet yang akan dibentangk­an akan fokus dalam memastikan kek pembanguna­n ekonomi dapat dikongsi sama rata oleh semua rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Perindustr­ian Labuan, pada Jumaat malam.

Amiruddin berkata, kerajaan juga akan fokus kepada pertumbuha­n ekonomi mampan pada bajet berkenaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan jangka panjang dan mampan.

“Sudah tentu bajet ini akan mengambil kira kepentinga­n langkah ekonomi proaktif dalam memastikan kadar inflasi diuruskan dengan baik dan mengehadka­n kesannya terhadap kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Amiruddin juga membayangk­an Labuan yang sangat bergantung kepada sektor minyak dan gas (O&G) yang pada masa ini agak perlahan mungkin menerima peruntukan daripada bajet dibentangk­an.

Katanya, sektor O&G di Labuan akan hidup semula memandangk­an harga minyak global sudah mencecah AS$80 setong dan dijangka meningkat kepada AS$100 setong.

“Saya diberitahu senario ini akan berubah tidak lama lagi dengan “lelaki yang memakai overalls berwarna biru, merah atau jingga” akan datang semula dan ini akan menjadi perkhabara­n yang baik kepada Labuan, kata Amiruddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia