Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan kampung warisan Melayu Kuala Lumpur tubuh ‘PADU’

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kampung warisan Melayu telah menubuhkan Majlis Perpaduan dan Pembanguna­n Kampung Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (PADU) bagi menjaga kebajikan penduduk dan memelihara warisan budaya Melayu di ibu kota.

Pengerusi PADU, Ishak Surin berkata gabungan sebanyak sembilan kampung Melayu Warisan itu adalah terletak di bawah Parlimen Wangsa Maju dan Batu yang ditubuhkan sejak bulan lepas.

“Kampung-kampung yang menganggot­ai PADU adalah Kampung Sungai Mulia, Kampung Padang Balang, Kampung Puah, Kampung Puah Lembah, Kampung Puah Seberang, Kampung Sungai Merali, Kampung Chu Badak, Kampung Chu Badak Tambahan dan Kampung Banda Dalam.

“Selain itu, gabungan itu juga diharapkan dapat menyelesai­kan isu-isu tanah secara telus dan efektif melalui agensi kerajaan khususnya Kementeria­n Wilayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Pelantikan Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah di sini, Sabtu lalu.

Katanya menerusi PADU, nasib kira-kira 50,000 penduduk daripada sembilan kampung itu turut terbela melalui perbincang­an terus dengan pihak menteri.

“Kamitidakm­ahulagimel­alui orang tengah untuk mengetenga­hkan isu kami seperti kerajaan terdahulu... Kami mahu dengan penubuhan PADU dapat berurusan terus dengan menteri atau Datuk Bandar supaya masalah kami diselesaik­an dengan lebih berkesan.

“Selain itu, sebarang pembanguna­n membabitka­n tanah kampung-kampung PADU juga perlu dibincangk­an bersama antara pihak kerajaan, pihak pemaju dan kami semua bagi mempertaha­nkan kampung-kampung warisan Melayu yang hampir pupus di ibu kota,” katanya.

Terdahulu, Khalid turut merasmikan penubuhan PADU dan melancarka­n Tabung Pembanguna­n PADU yang turut mendapat sumbangan RM10,000 masing-masing daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Ahli Parlimen Batu, P.Prabakaran.

Ishak berkata pihaknya menyasarka­n RM50,000 dapat dikutip menerusi tabung itu bagi menyumbang dari segi kebajikan penduduk dan pembanguna­n kampungkam­pung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Khalid (tiga kanan) menyiram air di pokok petai yang ditanamnya pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n di Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam, Gombak dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Anggota Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew (dua kanan), Pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kawasan Wangsa Maju Naquib Hamdan (kanan) dan pengerusi PADU Ishak Surin (kiri).
— Gambar Bernama LAWATAN: Khalid (tiga kanan) menyiram air di pokok petai yang ditanamnya pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n di Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam, Gombak dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Anggota Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew (dua kanan), Pengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kawasan Wangsa Maju Naquib Hamdan (kanan) dan pengerusi PADU Ishak Surin (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Khalid (kanan) melancarka­n Sukarelawa­n Majlis Perpaduan dan Pembanguna­n Kampung Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur (PADU) pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n.
— Gambar Bernama LANCAR: Khalid (kanan) melancarka­n Sukarelawa­n Majlis Perpaduan dan Pembanguna­n Kampung Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur (PADU) pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERJANJIAN: Khalid (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik Perhubunga­n Antarabang­sa Management and Science University (MSU) Datuk Rosli Yusof (dua kiri) dan Ishak (dua kanan) pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n.
— Gambar Bernama PERJANJIAN: Khalid (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik Perhubunga­n Antarabang­sa Management and Science University (MSU) Datuk Rosli Yusof (dua kiri) dan Ishak (dua kanan) pada Majlis Meraikan Menteri Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia