Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kakitangan Utusan Borneo terima anugerah BSK, ADK sempena Hari Jadi TYT

-

KOTA KINABALU: Dua kakitangan dari Utusan Borneo tersenarai sebagai penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) ke-65.

Mereka adalah Penyunting Sukan Hassim Othman @ Osman yang dianugerah­kan Bintang Setia Kinabalu (BSK) dan Vitalis Gulabok dianugerah­kan Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Hassim yang sudah berpengala­man selama 21 tahun dalam industri media mula bekerja sebagai Penolong Penyunting di Borneo Mail dari 1997 sehingga 2004. Manakala dari 2004 sehingga kini bertugas sebagai Penyunting Sukan di Utusan Borneo.

Sementara itu, Vitalis yang mempunyai 23 tahun pengalaman dalam bidang kewartawan­an mula menjinakka­n diri dalam industri media pada tahun 1995.

Beliau mula bekerja dengan The Borneo Post pada 1995 sehinggala­h hari ini di Utusan Borneo.

Antara pengamal media lain yang menerima anugerah ADK adalah Zakaria Damit, Lalitha Sundram (BSK), Ibrahim Diman (BSK), Lojina Chin Weon Jin (BK), Mohd Sha Abd Salam (BK) dan Tamring Achmad (PPT).

Sementara itu, seramai 65 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), selain daripada kepimpinan negeri yang menerima, antara individu lain dianugerah­kan adalah Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara, negeri Sabah Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah Urusan Sabah Electricit­y Sdn Bhd Ir. Abd Razak Sallim.

Selain itu, penerima PGDK lain termasukla­h Abdillah Abd Hamid; Abu Bakar Latip; Tamrin Mohd Jaini; Alexander Decena; Aris Malayu; Bahari Hassan; Chee Chi Vun; Chong Eng Kiow; Duncan Sikodol; Francis Liew Kim Choong; Hamdan Ismail; Hassim Justin; Ismail Ahmad; Janet Chee Ken Liam; Janice Lim Fung Ha; Jikal Gabie; Johnny@Juni Intang; Jonathan Lo Chaw Loong.

Kaim Kalimin@Karimin; Liaw Chee Shing John; Madiyem Layapan; Madrim Tasan; Manshor Mohd Jaini; Mastan Bisari (posthumous); Maureen Lind; Mazli Mazlan; Mohamad Said Hinayat; Mohd Anuar Rijaludin; Mohd Hanan Ramli; Mohd Rashid Mohd Tahir; Mohd Salleh Abbas; Musa Sulaiman; Nor Rizan Mohd Thani; Ong Hang Sheng.

Pak Chee Eng; Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; Protasius Jomoly Mukiau; Quek Siew Hau; Ramle Dua @ Ramli Dua Lee; Ruji Ubi; Sa’adilah Abdillah; Sabardin Ombrah; Sotimin Muhalip; Subramania­m V.V. Chellam; Syam Wee Wet @ Gilbert; Wong Chen Yee; Yusof Abd Abbas; Yusof Md Sait @ Mohd Said dan Zaleha Rose Pandin.

Manakala, seramai 13 orang dianugerah­kan Jaksa Pendamai (JP), antaranya ialah Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD), Datuk Freddie Sua, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Elsie Primus dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud.

Selain itu, penerima JP yang lain termasukla­h Abdul Razak Jamil; Azreena Aziz; Batholomew Jingulam; Hassan Basri Aplasin; Jakariya Ab Jalil; Koh Siew Eng; Mathew Willie; Sazalye Dondol Abdullah dan William Michael Mojilip.

Tidak ketinggala­n, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Amarjit Singh turut tersenarai di antara 252 penerima ADK.

Daripada jumlah keseluruha­n seramai 1,158 penerima, 119 individu menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 234 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 333 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 141 orang menerima Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT).

 ??  ?? HASSIM
HASSIM
 ??  ?? VITALIS
VITALIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia