Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Landskap DBKK muncul johan dalam perbarisan Hari Jadi TYT ke-65

-

KOTA KINABALU: Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK) tampil sebagai johan kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam dalam Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-65 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr. Juhar Mahiruddin pada Sabtu.

Ketua kontinjenn­ya Robert Lipon yang juga Pengarah Jabatan Landskap DBKK berkata, kemenangan tersebut adalah hasil penekanan disiplin dan semangat berpasukan yang diberikan semasa latihan kawad kaki.

“Penekanan juga turut diberikan kepada pakaian seragam perbarisan yang berkonsepk­an warna rasmi jabatan dengan aksesori yang berkaitan dengan hari kebesaran seperti lambang dan logo negeri.

“Kami mendapat arahan mewakili DBKK pada 28 September dan cuma mempunyai masa selama lima hari untuk berlatih.

“Latihan diadakan setiap pagi dan petang iaitu pada jam 7 hingga 10 pagi serta jam 2 hingga 5 petang,” jelasnya kepada media.

Sementara itu, naib johan dimenangi Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah dan tempat ke-tiga disandang Jabatan Kerja Raya.

Bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi pula, tempat pertama disandang Jabatan Kastam Diraja Malaysia diikuti dengan Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat kedua dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Negeri Sabah di tangga ketiga.

Tidak ketinggala­n, 13 kontinjen bersaing dalam kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan menyaksika­n St John Ambulans Malaysia menjulang tempat pertama dengan beza markah satu peratus dengan Majlis Belia Sabah di tempat kedua dan Akademi Jahitan Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Kumpulan Yayasan Sabah tampil sebagai johan kategori Swasta atau Komersil dengan markah cemerlang 99 peratus disusuli Lembaga Amanah TamanTaman Sabah sebagai naib johan dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd di tangga ketiga.

Pertanding­an perbarisan berkenaan turut disertai oleh kategori Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dimonopoli oleh Universiti Teknologi MARA ( UiTM) Cawangan Kota Kinabalu apabila pasukan Komander Kesatria UiTM dan Bulan Sabit Merah UiTM dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan kedua dalam kategori berkenaan.

Kesemua pemenang tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM1,300 berserta sijil dan piala, kedua menerima wang tunai RM1,100, sijil dan piala sementara tempat ketiga wang tunai RM900 berserta sijil dan piala yang disampaika­n oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia