Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu maut lori terbabas di Jalan Kimanis-Keningau

-

PAPAR: Seorang pemandu lelaki maut apabila lori yang dinaiki terbabas di Kilometer 42 Jalan Kimanis -Keningau malam Jumaat lalu.

Mangsa, Ho Sing Luk, 50 disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Batholomew Umpit berkata semasa kejadian mangsa memandu seorang diri dari Pekan Sook menuju ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian lori membawa muatan barang pembinaan dipercayai hilang kawalan akibat masalah sistem brek.

“Kenderaan mangsa kemudianny­a terbalik beberapa kali menyebabka­n mangsa tercampak keluar dari lori terbabit,” katanya.

Beliau berkata impak kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk dibedah siasat dan kes disiasat memgikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Zainal Ali berkata pihaknya menggerakk­an lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis ke lokasi kejadian dibantu tiga pasukan EMRS BBP Papar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.49 malam.

“Sebaik tiba Pasukan EMRS berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa bagaimanap­un pasukan perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

 ??  ?? MALANG: Lori tiga tan milik mangsa yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 42 Jalan Kimanis Keningau malam Jumaat lalu.
MALANG: Lori tiga tan milik mangsa yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 42 Jalan Kimanis Keningau malam Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia