S4S mahu wakil GPS dalam kabinet kaji pelaksanaan MA63
MIRI: Pergerakan Sarawak 4 Sarawakian (S4S) mahu wakil Gabungan Parti Sarawak ( GPS) yang dipilih dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji semula dan menyelaraskan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), supaya membawa perkara tersebut pada P e r s i d a n g a n D e w a n Undangan Negeri ( DUN) pada November depan, sebelum sebarang keputusan dibuat.
P e n g a s a s b e r s a m a S4S Erick Chin berkata, beliau berasa tidak selesa dengan pengumuman yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kiong berhubung jawatankuasa khas kabinet tersebut dan berpendapat apa sahaja keputusan berkaitan masa depan Sarawak tidak boleh dibuat dengan tergesagesa.
“Sebagai permulaan, mereka mesti ‘memulihkan’ dan mendidik rakyat ( dari Sarawak dan Sabah) berdasarkan Perkara 1( 2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang sama dalam persekutuan Malaysia.
“Hanya pada masa itu, MA63 boleh dilaksanakan sepenuhnya,” kata Chin ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam mengenai pengumuman Liew itu.
Katanya, sudah pasti penyebaran maklumat seperti itu mestilah melalui semua portal media supaya rakyat terutama penduduk Sabah dan Sarawak tahu dan memahami hak mereka sepenuhnya.
Pada masa yang sama, Chin memberi amaran bahawa GPS tidak boleh membuat keputusan penting berkaitan perkara itu di tangan mereka sendiri, tanpa mendapatkan persetujuan rakyat Sarawak khasnya.
Jika perkara itu berlaku, maka ia boleh mempengaruhi kedudukan mereka di mata rakyat dan boleh menyebabkan mereka kehilangan kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.
“Sama ada kerajaan pusat yang diterajui Pakatan Harapan ( PH) ikhlas atau tidak, GPS tidak boleh menandatangani apa- apa sehingga Ordinan Referendum yang dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.
“Paling penting ialah suara rakyat mesti didengar,” tegas Chin lagi.
Kelmarin di Kuching, Liew mengumumkan barisan penuh jawatankuasa khas kabinet yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dan menyelaraskan pelaksanaan MA63 akan dibentangkan kepada kabinet pada minggu ini.
Liew berkata, memorandum mengenai jawatankuasa juga telah dihantar kepada kementerian berkaitan.