BAM harap tiada pihak mengeluarkan sebarang kenyataan boleh mengganggu emosi pemain itu
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) tidak mahu mengganggu ‘ privacy’ jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga pemain itu sendiri bersedia tampil menjelaskan perkembangan terkini.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sekali lagi mengulangi ruang peribadi Chong Wei perlu dihormati dan berharap tiada pihak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu emosi pemain itu ketika ini.
“Saya akan melawat beliau ( Chong Wei) di rumah dan berbincang dengan Chong Wei mengenai tindakan seterusnya. Kami hormat ‘ privacy’ ( beliau) dan keluarganya ketika ini. Sudah pasti selepas mendapat persetujuan Chong Wei, kami akan berikan maklum balas
Saya akan melawat beliau (Chong Wei) di rumah dan berbincang dengan Chong Wei mengenai tindakan seterusnya. Kami hormat ‘privacy’ (beliau) dan keluarganya ketika ini. Sudah pasti selepas mendapat persetujuan Chong Wei, kami akan berikan maklum balas menerusi sidang media. Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria Presiden BAM
menerusi sidang media.
“K i t a a k a n t e r u s menyokong Chong Wei dan menghormati setiap keputusan yang dibuat. Paling penting adalah mahu melihat beliau pulih seperti s e d i a kala,” katanya k e - tika dihubungi Bernama.
Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan pulang ke tanah air oleh doktor yang merawatnya di Taiwan pada Ahad. Chong Wei juga memberi balas pada Ahad lalu akan men- mengembangkan kariernya. BAM tidak mahu memberikan tekanan kepadanya.
“Kejayaan itu memberikan sinar baharu dalam arena badminton negara. Ini adalah perkembangan positif prestasi pemain muda. Pemain pelapis semakin serius dalam menuju matlamat mereka,” katanya.
Kali terakhir Malaysia menjuarai Terbuka Taiwan pada 2004 menerusi Chong Wei. Dua lagi pemain perseorangan yang memenangi kejohanan sama adalah Datuk Misbun Sidek ( 1987) dan Wong Choong Hann ( 2003). — Bernama