ATM rampas daun ketum bernilai hampir RM37,000 di sempadan
ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) menerusi Batalion Kedua Rejimen Sempadan ( 2RS) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 408 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM36,720 dalam rondaan berasingan di sekitar Pos Sahara dekat Padang Terap petang kelmarin.
Panglima Enam Briged Brigedier Jeneral Datuk Ab- dul Aziz Ismail berkata dalam serbuan pertama pada jam 1.15 petang, pasukan ronda yang diketuai oleh Koperal Alfizan Busri telah menemui dua guni putih dan 20 plastik hitam yang berisi 280kg daun ketum bernilai RM25,200 yang ditinggalkan di kawasan semak berdekatan Pos Sahara.
“Daun ketum itu ditemukan selepas pasukan ronda terbabit mengesan laluan mo- tosikal yang baru digunakan berhampiran anak sungai dan telah membawa pasukan itu ke kawasan semak dimana daun ketum ditinggalkan untuk diseludup pihak ketiga ke negara jiran.
“Penyeludup kini membuka taktik baharu dengan membuka laluan lain di tepi sungai bagi mengabui mata pihak berkuasa, namun rondaan ketat pasukan keselamatan di sempadan berjaya mengesan aktiviti penyeludupan untuk tindakan,” katanya.
Melalui serbuan kedua pada jam 4.20 petang itu, pihaknya menahan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda berumur 30-an sedang menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan.
“Pasukan yang diketuai Sarjan Mohd Azman Abdul Manaf telah menahan kender- aan tersebut dan pemeriksaan lanjut menemui 12 bungkusan plastik hitam mengandungi 128 kg daun ketum bernilai RM11,520 yang disorokkan di bawah kepingan logam di bahagian belakang kenderaan itu yang telah diubah suai, tetapi ketika anggota tersebut sedang melakukan pemeriksaan, lelaki itu yang dipercayai rakyat tempatan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dan usaha mengesannya gagal,” katanya,
Abdul Aziz berkata kesemua daun ketum yang dirampas dipercayai untuk diseludup ke negara jiran berikutan permintaan dan nilai yang tinggi.
Daun ketum serta kenderaan yangdirampaskemudiandibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. — Bernama