Badminton: Mohd Yunus, Kelana juara beregu campuran
KUCHING: Pasangan Mohamad Yunus dan Kelana Hassan serta Seri Sudin dan Awang Jib Seng merangkul gelaran juara masing-masing dalam kategori beregu campuran dan veteran pada Kejohanan Badminton Satok 2018.
Kedua-dua beregu itu masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 dan medal kejohanan.
Manakala naib juara bersama bagi kategori beregu campuran dimenangi pasangan Aizat Udin dan Nakhia Ibrahim membawa pulang wang tunai RM250 dan medal.
Tempat tiga bersama dimenangi pasangan Sazali dan Akmalrizman serta Hardiyandi dan Lukmanulhakim masing- masing membawa pulang wang tunai RM50 dan medal.
Bagi ketegori beregu veteran, naib juara dimenangi pasangan Abang Askandar dan Roslan Janny juga meraih wang tunai RM250 dan medal kejohanan.
Tempat tiga bersama dimenangi pasangan Johari Salus dan Ghazi Turki serta Kamil Ibrahim dan Lee Soon Tion masing- masing membawa pulang wang tunai RM50 dan medal.
Pengerusi program, Mohd Akram Karim berkata sambutan amat memberangsangkan menyaksikan sebanyak 33 regu lelaki terbuka dan 15 regu veteran menyertai kejohanan tersebut.
“Peserta yang menyertai kejohanan ini terdiri warga Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
“Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada koordinator program, Faisal Johan dan Fazlan Yusuf serta peserta menyertai Kejohanan Badminton Satok 2018 dan Jawatankuasa Teknikal kerana menjayakan pertandingan ini,” katanya.