Utusan Borneo (Sarawak)

KONTINJEN SARAWAK CAPAI SASARAN

Rangkul enam pingat emas, enam perak dan dua gangsa menduduki tiga pasukan terbaik SOPMA 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kontinjen Sarawak mencapai sasaran menduduki tiga pasukan terbaik pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 yang diadakan di Ipoh, Perak dari 15 hingga 20 Oktober lalu.

Pada temasya tersebut, atlet-atlet Sarawak berjaya merangkul enam pingat emas, enam perak dan dua gangsa dalam acara badminton, tenpin boling dan olahraga.

Juara dimenangi kontinjen Kuala Lumpur dengan meraih tujuh emas, 10 perak dan lima gangsa disusuli Sabah menduduki tempat kedua dengan enam emas, tujuh perak dan lapan gangsa.

Maria Melisa Mohd Mohtiar paling mencuri tumpuan apabila menggondol tiga emas dalam acara olahraga iaitu melempar cakera, merejam lembing (rekod baharu 26.96 meter) dan lontar peluru.

Rakan seacara beliau, Carrie Kepani turut menyumbang emas selepas mencatat rekod baharu dalam acara lompat jauh dengan jarak 4.19 meter.

Sebutir lagi emas disumbangk­an oleh Sia Chew Ing, Siw Sing Hie, Siong Mui Hong, Nurlyanna Arnezza Suzalee dan Nurul Farhanna Wahab dalam acara tenpin boling berpasukan wanita.

Manakala emas terakhir Sarawak hadir menerusi Tie Sing Kiong dan Annabel Aurelia Donald dalam acara badminton beregu.

Perak dimenangi dalam acara boling (Sia Chew Ing - Master wanita; Sia Chew Ing & Siong Mui Hong - Beregu Wanita), olahraga ( Carrie Kepani, 100m & 200m; Joyce Hii Ming Shi - lontar peluru; Chan Khing Hing - lempar cakera).

Dua gangsa Sarawak disumbangk­an dalam acara tenpin boling ( Siong Mui Hong) dan badminton (Tie Sing Kiong).

Sementara itu, Ketua Kon- tinjen yang juga Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata kementeria­nnya akan menubuhkan pusat latihan sehenti sebagai usaha memperbaik­i kualiti dan prestasi atlet-atlet SOPMA Sarawak.

“Kerajaan negeri juga akan berusaha membantu untuk mencungkil dan melatih atlet-atlet muda dari seluruh negeri pada masa akan da- tang,” katanya.

Menurut Francis, beliau telah melawat semua atlet untuk memberikan sokongan padu kepada mereka sepanjang pertanding­an lalu.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf), Albert Wong Tuong turut mengucapka­n tahniah kepada semua atlet yang terlibat dan berjaya memenangi pingat.

Katanya, semua atlet terbabit menjadi inspirasi kepada mereka yang lain.

Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sarawak (PESRON Sarawak), Matthew Chin turut mengiringi kontinjen Sarawak ke temasya tersebut.

Kerajaan negeri juga akan berusaha membantu untuk mencungkil dan melatih datang. ” atlet-atlet muda dari seluruh negeri pada masa akan Datuk Francis Harden Hollis Ketua Kontinjen

 ??  ??
 ??  ?? TEMPAT KETIGA: Kontinjen Sarawak bersama Francis (tengah) berjaya meraih tempat ketiga pada temasya SOPMA 2018 di Ipoh, Perak.
TEMPAT KETIGA: Kontinjen Sarawak bersama Francis (tengah) berjaya meraih tempat ketiga pada temasya SOPMA 2018 di Ipoh, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia