Utusan Borneo (Sarawak)

KEGIATAN PELACURAN TIGA WANITA ASING TERBONGKAR

-

BINTULU: Kegiatan pelacuran tiga wanita warga asing berumur 24 hingga 31 tahun terbongkar dengan penemuan tiga kondom dan wang tunai RM160 dalam beg tangan dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bintulu ke sebuah rumah tumpangan di sini sekitar jam 12 tengah hari kelmarin (Isnin) untuk melakukan tangkapan terhadap tiga wanita warga asing terbabit.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili ketika dihubungi berkata semasa ditahan ketiga-tiga wanita terbabit yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan yang sah sedang leka melayan pelanggan.

“Turut ditahan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 36 tahun dipercayai pelanggan wanita terbabit bagi diambil keterangan serta tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, tangkapan dilakukan itu merupakan hasil maklumat dan intipan beberapa hari oleh JSJ bagi membantera­s kegiatan tidak bermoral di sini.

Semua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu dan disiasat di bawah seksyen 372B Kanun Kesek- saan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua- duanya jika didapati bersalah.

Ketiga-tiga wanita terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan diri yang sah semasa serbuan dijalankan.

“Polis di Bintulu akan memperheba­t operasi membantera­s kegiatan pelacuran di bahagian ini bagi memastikan Bintulu bebas daripada kegiatan maksiat dan sebarang kegiatan tidak bermoral lain,” jelasnya.

 ??  ?? DICEKUP: Suspek dibawa keluar dari rumah tumpangan sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Sentral Bintulu.
DICEKUP: Suspek dibawa keluar dari rumah tumpangan sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Sentral Bintulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia