Utusan Borneo (Sarawak)

Dipilih bukan dilantik

Pemilihan tuai rumah adalah berdasarka­n kemahuan penduduk sesebuah rumah panjang

-

KUCHING: Pemilihan tuai rumah adalah berdasarka­n kemahuan penduduk sesebuah rumah panjang, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, kerajaan hanya melantik jawatan seperti temenggung, pemanca dan penghulu di mana mereka dibayar elaun serta disediakan pejabat.

“Namun tiada pelantikan tuai rumah (oleh kerajaan) dan pada masa kini ia adalah sama ada diwarisi daripada bapa kepada anak atau dipilih oleh penduduk sendiri.

“Malahan, sekarang ini wanita juga boleh dipilih menjadi tuai rumah,” katanya kepada Borneo Post di sini, semalam.

Bagi masyarakat Iban kata Uggah, penduduk rumah panjang akan memilih ketua mereka dan terdapat satu bentuk konsensus bagi melakukann­ya.

Beliau berkata, malahan kadang- kadang untuk mencapai pemilihan itu penduduk hanya perlu mengangkat tangan sebagai tanda persetujua­n.

Katanya, selepas tuai rumah dilantik, setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) akan menghantar nama yang dipilih itu kepada pejabat daerah, di mana tuai rumah berkenaan dibayar elaun.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian bahawa hanya tuai rumah yang dilantik secara demokratik akan dibayar 70 peratus daripada elaun penuh oleh kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan ( PH), Uggah berkata beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

Bagaimanap­un Baru perlu mencari dan mengenal pasti daripada Pejabat Daerah siapa tuai rumah yang dilantik, kata Uggah.

“Namun Kerajaan Sarawak membayar elaun tuai rumah,” katanya.

Uggah berkata, malahan terdapat pekeliling dikeluarka­n pada Mei 2018 menunjukka­n bahawa Kerajaan Sarawak membayar elaun tuai rumah.

Kerajaan Sarawak terus membayar elaun berkenaan selepas kerajaan PH mengeluark­an pekeliling untuk menamatkan­nya.

Sementara itu Baru dalam satu kenyataan semalam berkata, hanya pemimpin masyarakat yang dipilih secara demokratik menerima gaji daripada kerajaan persekutua­n mulai tahun depan.

“Hanya tuai rumah atau pemimpin masyarakat yang dipilih secara demokratik akan dapat menerima 70 peratus pendapatan mereka daripada kerajaan PH,” katanya.

Namun tiada pelantikan tuai rumah (oleh kerajaan) dan pada masa kini ia adalah sama ada diwarisi daripada bapa kepada anak atau dipilih oleh penduduk sendiri. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? DOUGLAS UGGAH
DOUGLAS UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia