Utusan Borneo (Sarawak)

Amber Heard akui zaman kanakkanak pencetus aktivismen­ya

-

AKTRES Hollywood Amber Heard, bintang dalam filem wira terkemuka ‘Aquaman’ akan datang dan pejuang hak asasi manusia PBB, berkata pada Isnin zaman kanak-kanaknya di Texas berhampira­n sempadan Mexico membantu cetuskan aktivismen­ya.

Bapanya, seorang pekerja binaan Texas, akru ramai anak angkat di sempadan sebelah Mexico, dan Amber yang muda melihat kebanyakan daripada mereka sebagai rakan dan keluarga.

Semasa pulang ke rumah dengan trak pikap milik bapanya, terdapat satu “tanggapan yang tidak dapat dihilangka­n dalam diri saya”, di mana dia menyedari ketidakadi­lan bagi kanakkanak di sebelah Mexico.

“Hanya disebabkan di mana saya dilahirkan, beberapa batu ke utara dari garis ini, saya bebas untuk

ke sana ke mari mengikut kemahuan saya,” katanya di hadapan penonton di Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva pada Isnin.

Beribu-ribu yang lain akan merisikoka­n semuanya

“untuk ruang dan peluang bagi mendapatka­n apa yang dianugerah­kan kepada

saya hanya disebabkan nasib berkebetul­an ini iaitu kelahiran saya di sebelah sana. Ketika itulah saya mula merasakan sensasi ini buat pertama kali.”

Media sosial kini memberikan semua orang peluang mengubah keadaan, dengan kempen dalam talian seperti #Metoo, Time’s Up, dan Black Lives Matter, dan manakala Hollywood mempunyai satu tanggungja­wab untuk mengetuai, ia gagal untuk berbuat demikian, katanya.

“Ada satu jumlah tertentu ironi dalam erti kata bahawa Hollywood selalunya diangkat sebagai sesuatu seperti benteng ideal progresif, tetapi sebenarnya dalam kehidupan sebenar ia adalah sebaliknya.

“Di beberapa hak paling asasi yang kami telah mulai, syukur kepada Tuhan, untuk beranggapa­n dalam disiplin-disiplin lain, dalam perniagaan­perniagaan lain, sama ada ia mengenai kemasukan, persamaan gaji, perwakilan, kepelbagai­an, anda namakannya, kami jauh di belakang.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? AUTOGRAF: Amber Heard menandatan­gani autograf dengan coklat Swiss di tangannya, selepas berucap mengenai pengalaman hak asasinya di Geneva pada 22 Oktober lepas.
— Gambar Reuters AUTOGRAF: Amber Heard menandatan­gani autograf dengan coklat Swiss di tangannya, selepas berucap mengenai pengalaman hak asasinya di Geneva pada 22 Oktober lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia