Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan kekasih ditangkap disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah

-

KUCHING: Sepasang kekasih ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah selepas didapati memiliki dadah disyaki syabu seberat kira-kira 5.17 gram.

Menurut sumber, pasangan terbabit yang berusia 20 dan 24 tahun ditangkap sekitar jam 4 petang kelmarin ( Isnin) di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) hasil daripada maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Suspek lelaki yang berusia 20 tahun terdahulun­ya ditahan di sebuah kedai makan di MJC dan hasil pemeriksaa­n pada badan suspek menjumpai satu peket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu.

“Susulan penemuan tersebut, dengan dipandu arah suspek, satu serbuan dilaku- kan ke atas sebuah rumah juga di MJC di mana didapati suspek wanita yang berusia 24 tahun sedang baring di dalam bilik tidur.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas rumah tersebut menjumpai satu paket plastik yang mengandung­i dua lagi peket kecil di dalamnya masing-masing berisi ketulan jernih disyaki syabu dianggarka­n seberat 5.15 gram,” kata sumber.

Kedua- dua suspek kemudian ditahan dan dadah tersebut juga disita untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan memberitah­u kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku barang ( dadah) tersebut miliknya yang dibeli secara ‘bank-in’.

“Selain itu, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek lelaki positif dadah jenis AMP dan Meth, manakala suspek wanita negatif dadah,” katanya di sini semalam.

Selain itu, suspek lelaki juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau. “Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan Beratok dan akan direman untuk siasatan lanjut,” kata Aidil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia