Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­sikan pertanian ke arah pertanian pintar

Pemain industri perlu menyesuaik­an diri dengan proses amalan baharu, moden dan berkesan: Uggah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pemain industri pertanian perlu sentiasa beralih daripada paradigma mereka iaitu menyesuaik­an diri dengan proses amalan baharu, moden dan berkesan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai usaha mentransfo­rmasikan sektor pertanian ke arah pertanian pintar.

“Kerajaan komited untuk melengkapk­an pemain industri kita dengan teknologi terkini dan amalan untuk mengekalka­n industri pertanian negeri sambil berdaya saing dengan negara jiran.

“Ia amat penting untuk memastikan Sarawak menjadi destinasi pilihan bagi pelabur selain penerokaan kerjasama,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tan-

Kerajaan komited untuk melengkapk­an pemain industri kita dengan teknologi terkini dan amalan untuk mengekalka­n industri pertanian negeri sambil berdaya saing dengan negara jiran. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

ah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, sehubungan itu ICAAS dianjurkan bagi menekankan penyampaia­n serta membincang­kan pengetahua­n dalam teknologi moden berkaitan pertanian.

Katanya, ia sejajar dengan perubahan pantas yang sedang berlaku di seluruh dunia pada masa kini.

Uggah berkata tema ‘Men- transforma­sikan Sektor Pertanian Melalui Perladanga­n Pintar’ amat bertepatan dan selaras dengan usaha aktif mempromosi­kan pemain industri pertanian di Sarawak.

Ia katanya, bagi membolehka­n mereka mengguna pakai teknologi moden seperti teknologi digital secara meluas dan berkesan sepanjang bekalan dan rantaian nilai.

“Persidanga­n dua hari ini mempunyai tiga objektif utamanya yang menumpukan tentang perkongsia­n pengetahua­n dan amalan terbaik dalam pertanian serta industri asas tani, selain sistem penyampaia­n pertanian yang berkesan.

“Pada persidanga­n ini seramai 40 penceramah tempatan dan antarabang­sa yang terkenal berkongsi kepakaran, pengetahua­n serta pengalaman mereka bersama delegasi yang hadir,” katanya.

Dianggarka­n 1,500 delegasi daripada institusi swasta dan awam selain pertubuhan menyertai persidanga­n berkenaan.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik dan Ketua Saintis dan Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Negeri Profesor Jack Singh.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Uggah menyampaik­an cenderamat­a kepada Jack (kiri) sebagai tanda penghargaa­n atas jemputan sebagai penceramah. Turut kelihatan Ik Pahon.
PENGHARGAA­N: Uggah menyampaik­an cenderamat­a kepada Jack (kiri) sebagai tanda penghargaa­n atas jemputan sebagai penceramah. Turut kelihatan Ik Pahon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia