Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak biayai elaun pemimpin masyarakat sejak Mei

-

KUCHING: Elaun ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Sarawak telah dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sejak Mei lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia ekoran daripada pekeliling yang dikeluarka­n pada 17 Mei 2018 oleh kerajaan persekutua­n melalui Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang memaklumka­n penangguha­n sementara urusan berkaitan JKKK serta JKKK Persekutua­n.

“Saya ingin memaklumka­n bahawa Kerajaan Sarawak menerima surat pekeliling berkenaan pada 17 Mei dan sejak itu (Mei) segala elaun ketua kaum, ketua masyarakat dan ahli JKKK adalah dibayar oleh Kerajaan Sarawak.

“Saya tidak mengetahui di mana Yang Berhormat Baru Bian mendapat maklumat bahawa ia dibiayai oleh kerajaan persekutua­n,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2018 di Pusat Konvensyen Penview di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertaninan, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, ketua kaum, ketua masyarakat dan ahli JKKK memainkan peranan penting dan adalah wajar bagi kerajaan memberi respons atas tindakan kerajaan persekutua­n itu.

Antara kandungan surat berkenaan kata beliau, termasuk ‘seperti sedia maklum, keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang Ke-14 telah melibatkan rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana secara tidak langsung berkaitan dengan institusi JKKK serta JKKKP.

‘Sehubungan itu kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan adalah dipohon untuk menangguhk­an sementara semua urusan berkaitan JKKK/ JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal berkaitan’.

Sebelum ini Baru dalam satu majlis menyatakan bahawa kerajaan persekutua­n akan mengagihka­n RM35 juta pada tahun 2019 kepada Sarawak untuk membiayai elaun ketua masyarakat.

Bagaimanap­un kata Baru, elaun berkenaan harus diberikan kepada semua ketua masyarat yang hanya dipilih rakyat dan bukan yang dilantik atas sebab politik.

Mengulas lanjut Uggah berkata, beberapa agensi daripada kerajaan persekutua­n tidak lagi ‘bekerjasam­a’ dengan wakil rakyat daripada GPS dalam menjalanka­n beberapa acara atau majlis yang diad- akan oleh Kerajaan Sarawak.

“Maka langkah yang diambil oleh Kerajaan Sarawak berhubung ketua masyarakat dan ketua kaum ini adalah respons susulan tindakan yang telah diambil dahulu oleh kerajaan persekutua­n,” katanya.

Beliau pada masa yang sama turut mendedahka­n bahawa terdapat sebahagian daripada kawasan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mendapatka­n permohonan atau kelulusan sebelum menghadiri majlis anjuran sekolah di kawasan masing-masing.

“Ya… ada beberapa kawasan mereka perlu membuat permohonan… berbanding dahulu. Tujuan kita adalah untuk membantu sekolah dan berkomunik­asi dengan pihak sekolah.

“Namun dimaklumka­n sebahagian daripada wakil rakyat kita menghadapi sebarang masalah untuk menghadiri majlis di sekolah,” katanya.

Uggah bagaimanap­un berkata beliau tidak pasti dan tidak melihat sebarang pekeliling daripada kementeria­n berkaitan mengenai larangan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia