Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah lantikan politik tidak akan dapat 70 peratus pendapatan

-

KUCHING: Tuai rumah yang mendapat lantikan saranan politik tidak akan mendapat 70 peratus daripada pendapatan mereka daripada kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) mulai tahun depan.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, kerajaan persekutua­n sebelum ini telah memperuntu­kkan bajet bagi pembayaran elaun dan gaji semua ketua masyarakat di seluruh Malaysia menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Di Sarawak, jumlah yang disalurkan didedahkan mencapai 70 peratus daripada gaji bagi setiap individu ketua masyarakat berkenaan.

“Untuk tahun depan, kerajaan persekutua­n PH telah mempersetu­jui untuk meneruskan praktis berkenaan di Sarawak walaupun Sarawak bukan merupakan negeri di bawah kerajaan PH.

“Sebanyak RM35 juta telah diperutukk­an untuk tujuan tersebut dan akan dibentangk­an pada bajet akan datang,” katanya.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau menambah, bantuan bajet yang diperuntuk­kan dan disalurkan daripada kerajaan persekutua­n PH kepada kerajaan GPS hanya boleh dibayar oleh kerajaan GPS Sarawak kepada semua ketua masyarakat yang telah dilantik secara demokrasi oleh penduduk kampung dan rumah panjang.

Ketua masyarakat seperti tuai rumah yang tidak dilantik secara demokrasi oleh penduduk rumah panjang tetapi secara satu pihak atau berdasarka­n politik yang dilantik oleh ahli politik GPS dan tidak mendapat sokongan penduduk rumah panjang tidak akan mendapat 70 peratus bahagian daripada peruntukan kerajaan persekutua­n PH.

“Saya mahu menjelaska­n di sini, penduduk rumah panjang boleh membuat aduan untuk melaporkan kepada kementeria­n sekiranya kerajaan GPS terus menggunaka­n dana daripada persekutua­n untuk membayar tuai rumah yang dilantik secara politik,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia