Utusan Borneo (Sarawak)

Ia untuk membekalka­n elektrik kepada 113 sekolah rendah di seluruh Sarawak: Manyin

-

SERIAN: Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM50 juta untuk membekalka­n tenaga elektrik kepada 113 sekolah rendah di seluruh Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ketika ini terdapat 371 sekolah di seluruh Sarawak masih bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n bekalan elektrik.

Katanya, daripada jumlah itu Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti 113 sekolah boleh disambungk­an kepada grid utama.

“Sehubungan itu, kabinet Sarawak memutuskan, 113 sekolah yang terletak berhampira­n grid akan dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam menerusi SESCO atau Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Peruntukan RM50 juta telah diluluskan oleh kabinet Sarawak bagi melaksanak­an projek ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, kabinet Sarawak memutuskan, 113 sekolah yang terletak berhampira­n grid akan dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam menerusi SESCO atau Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Daerah Serian Ke-22 di Dewan Masyarakat Serian di sini semalam.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, beliau telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mazslee Malik kirakira tiga bulan lalu meminta persetujua­n melaksanak­an projek-projek berkenaan.

“Saya memaklumka­n ke- pada beliau, Kerajaan Sarawak menyediaka­n dana bagi menyambung bekalan elektrik grid kepada 113 sekolah di Sarawak.

“Namun sehingga hari ini (semalam) saya masih belum mendapat surat balas daripada beliau, jadi kita tidak dapat melaksanak­an projek ini.

“Oleh itu, sekolah-sekolah ini masih bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n bekalan elektrik,” ujarnya.

Manyin berkata, walaupun peruntukan sudah ada, Kerajaan Sarawak tidak boleh melaksanak­an projek berkenaan kerana sekolah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n.

“Jadi kita masih menunggu. Sebaik mereka ( kerajaan persekutua­n) mengatakan ‘ya’, kita akan menyambung sekolah-sekolah ini dengan elektrik (grid). Duit sudah ada, sudah diluluskan kabinet Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Manyin berharap Kerajaan Sarawak akan memperuntu­kkan dana di bawah Bajet Negeri 2019 yang dibentangk­an pada 5 November depan semasa persidanga­n DUN.

Dana itu katanya, bagi membaik pulih beberapa sekolah daif di Sarawak.

Katanya, walaupun berdepan pelbagai masalah, beliau mengingatk­an guru besar dan guru agar tidak menunggu fasiliti yang baik disediakan untuk melaksanak­an tugas mereka.

Ini kerana katanya, jika mereka menunggu dilengkapk­an dengan semua fasiliti, pencapaian akademik pelajar di Sarawak tidak dapat dipertingk­atkan.

Katanya, masalah kekurangan infrastruk­tur di sekolah turut dirasai beliau ketika menjadi guru dahulu.

“Namun kami terus mengajar dan cuba meningkatk­an pencapaian pelajar kami dan cuba memotivasi­kan mereka untuk cemerlang dalam pelajaran.

“Jika kita terus menunggu, mungkin 1o tahun dari sekarang, sekolah tidak akan dibaiki dan pencapaian akademik pelajar kita tidak akan dipertingk­atkan,” katanya.

Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? TAHNIAH: Manyin menyampaik­an anugerah cemerlang kepada salah seorang pelajar pada Majlis penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Daerah Serian Ke-22.
TAHNIAH: Manyin menyampaik­an anugerah cemerlang kepada salah seorang pelajar pada Majlis penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Daerah Serian Ke-22.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia