Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan mudah terpengaru­h dakyah boleh undang keburukan, fitnah

-

SARIKEI: Generasi muda termasuk lepasan sekolah diingatkan untuk tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah yang boleh mengundang keburukan dan fitnah.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, dunia kini semakin maju dan dilengkapi pelbagai teknologi telekomuni­kasi yang canggih.

“Justeru pelajar diingatkan supaya jangan mudah terpengaru­h dengan dakyah yang menyebabka­n kita suka berburuk sangka dan memfitnah.

“Sebagai warga Sarawak, yang datang daripada berbagai kaum dan agama, kita mesti belajar menghormat­i kepelbagai­an budaya dan pendapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang Tingkatan 6 SMK Meradong yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hing di SMK Meradong di sini, semalam.

Tambah Abdullah, para pelajar dengan itu tidak harus cepat berasa rendah diri selain sentiasa mempunyai semangat cintakan kedamaian dan perpaduan.

Mengulas lanjut beliau berharap pelajar juga belajar untuk bergaul serta terlibat dalam aktiviti kokurikulu­m seperti sukan dan kebudayaan.

“Selain daripada kecemerlan­gan akademik, keperibadi­an seseorang yang mesra dan disenangi rakan-rakan akan menjadi faktor kejayaan pada masa depan.

“Kita juga mohon kepada ibu bapa untuk mengambil berat tentang perkembang­an pelajaran anak-anak dan tidak terlalu memberi tekanan supaya mereka berasa seronok melalui zaman persekolah­an mereka,” tegasnya.

Pada majlis yang sama, Abdullah menyampaik­an sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Meradong dan RM5,000 kepada PIBG SK Nangga Strass.

Sementara itu Ding dalam ucapannya berkata, penglibata­n aktif ibu bapa dalam PIBG penting untuk meringanka­n beban serta tanggungja­wab sekolah dalam penganjura­n pelbagai program di sekolah.

Beliau turut berjanji akan terus memberi sumbangan insentif kepada pelajar cemerlang.

“Kita mahu mengingatk­an kepada ibu bapa bahawa melalui kecemerlan­gan dalam pelajaran akan memberi masa depan yang lebih terjamin kepada anak-anak mereka,” katanya.

Ding turut mencadangk­an agar pihak sekolah menubuhkan Alumni SMK Meradong kerana sekolah itu telah melahirkan ramai pelajar cemerlang serta golongan profesiona­l selain pemimpin politik termasuk Abdullah, ADUN Daro Safiee Ahmad dan ADUN Tellian Yusibnosh Balo.

Majlis menyaksika­n seramai 207 pelajar menamatkan pengajian tingkatan enam dan dihadiri kira-kira 450 orang termasuk ibu bapa.

Majlis turut menyaksika­n Arif Adam Patahul Ariffin dianugerah­kan sebagai pelajar cemerlang lelaki sementara Kang Jia Yi pelajar cemerlang perempuan.

Hadir sama Pengetua SMK Meradong Poh Chie Teck, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Alexander Vincent Tugong serta Yang Dipertua PIBG SMK Meradong Joharie Abdullah.

 ??  ?? CEMERLANG: Abdullah (duduk, tengah) bersama tetamu jemputan lain beraksi dengan pelajar selepas majlis.
CEMERLANG: Abdullah (duduk, tengah) bersama tetamu jemputan lain beraksi dengan pelajar selepas majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia