Utusan Borneo (Sarawak)

MoU RECODA, Agrobank sedia pembiayaan kepada pelabur, usahawan agro

-

KUCHING: Satu Memorandum Persefaham­an ( MoU) telah dimeterai antara Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah ( RECODA) dan Agrobank di sini, semalam.

MoU yang diadakan sempena Sarawak Agrofest 2018 itu bertujuan bekerjasam­a bagi menyediaka­n pembiayaan kepada para pelabur dan usahawan agro dalam kawasan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Acara MoU yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Penview (PCC), akan membolehka­n pelabur dan usahawan agro berpotensi dalam tiga agensi pembanguna­n ditubuhkan di bawah RECODA.

Menurut kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media semasa majlis, ia termasuk Agensi Pembanguna­n Hulu Rejang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pemabangun­an Utara Sarawak (NRDA), sebagai program pembiayaan yang khusus.

Tujuan ia memudahkan usahawan agro menyertai pertanian komersial serta menggalakk­an usahawan mengambil bahagian dalam pembanguna­n rantaian bekalan pertanian di kawasankaw­asan berkenaan.

MoU berkenaan ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni dan Ketua Pegawai Strategik Agrobank Mohamad Taufik Mahamad Zakaria.

Majlis disaksikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertaninan, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

 ??  ?? METERAI: Uggah (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Ismawi (depan, kiri) mewakili RECODA dan Mohamad Taufik (depan, kanan) mewakili Agrobank. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (belakang, kiri), Sagah (belakang, dua kiri) serta yang lain.
METERAI: Uggah (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Ismawi (depan, kiri) mewakili RECODA dan Mohamad Taufik (depan, kanan) mewakili Agrobank. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (belakang, kiri), Sagah (belakang, dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia