Utusan Borneo (Sarawak)

Antara tujuan pemeriksaa­n 20 IPD di Sarawak ialah melihat keperluan setiap balai bagi meningkatk­an perkhidmat­an

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kedaifan struktur bangunan balai polis di Sarawak khususnya Miri akan diberi perhatian sewajarnya, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau yang kini dalam lawatan pemeriksaa­n ke 20 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh kontinjen Sarawak semasa melawat Balai Polis Pusat Miri di sini semalam berkata, antara tujuan pemeriksaa­n itu ialah melihat keperluan setiap balai bagi meningkatk­an perkhidmat­an.

Wan Ahmad berkata, laporan seluruh kontinjen itu nanti akan dikumpul dan dihantar kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam pada itu, beliau mengakui perasaanny­a ‘terusik’ dengan kunjungan ke Balai Polis Pusat Miri yang baginya sarat nostalgia kerana pernah bertugas di sana selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an sebelum dipindahka­n ke Baram.

“Namun selepas lebih 30 atau hampir 40 tahun saya meninggalk­an balai ini, sudah dua kali saya datang ke sini sebagai pengarah JSJ, keadaan balai ini masih tidak berubah. Sudah tentu saya berasa sedih, sayang kerana lokasi balai ini amat bagus.

“Saya berharap dengan lawatan dan kepimpinan kita dapat membawa perkara ini kepada kementeria­n dan pihak atasan.

“Sekiranya tidak dapat bangunan baharu, sekurangku­rangnya kedaifan di balai ini diperbaiki,” kata Wan Ahmad.

Sementara itu, ketibaan beliau di Miri disambut ACP Lim Meng Seah.

Wan Ahmad menambah, selepas Miri pihaknya akan meneruskan pemeriksaa­n di Marudi dan Kuching.

Beliau memberitah­u, untuk balai-balai yang lain, pemeriksaa­n akan dibuat pegawaipeg­awai tempatan.

Namun selepas lebih 30 atau hampir 40 tahun saya meninggalk­an balai ini, sudah dua kali saya datang ke sini sebagai pengarah JSJ, keadaan balai ini masih tidak berubah. Sudah tentu saya berasa sedih, sayang kerana lokasi balai ini amat bagus. Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Pengarah JSJ Bukit Aman

 ??  ?? TAHNIAH: Rosey bergambar bersama pelajar SMK Suai yang menerima anugerah masing-masing di sekolah itu semalam.
TAHNIAH: Rosey bergambar bersama pelajar SMK Suai yang menerima anugerah masing-masing di sekolah itu semalam.
 ??  ?? JELAJAH NEGERI: Wan Ahmad melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat semasa tiba di Balai Polis Pusat Miri, semalam.
JELAJAH NEGERI: Wan Ahmad melakukan pemeriksaa­n perbarisan kehormat semasa tiba di Balai Polis Pusat Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia