Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS meterai MoA dengan Universiti Sains dan Teknologi Kunming

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama universiti terkemuka China, Universiti Sains dan Teknologi Kunming di kampus universiti­nya di sini, semalam.

Majlis menandatan­gani MoA antara kedua-dua pihak telah disempurna­kan Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Presiden KUST Wang Xieqin.

Berucap pada majlis itu, Khairuddin berkata objektif utama MoA tersebut adalah untuk program pertukaran pelajar di antara kedua-dua universiti tersebut.

Beliau menambah bahawa perjanjian itu juga adalah usaha kedua- dua pihak dalam memperbany­akkan lagi kerjasama dalam bidang akademik.

“Saya berharap dapat menyertaka­n latihan pelajar dari kedua-dua universiti dan menggalakk­an pertukaran penyelidik­an dalam kalangan kakitangan dan pelajar melalui MOA,” katanya.

Menurut Khairuddin, MoA pertama antara UCTS dan KUTS telah ditandatan­gani pada Februari 2017.

Beliau turut memberitah­u kepada delegasi KUST bahawa pada masa kini UCTS mempunyai lima pelajar asing di bawah program pertukaran pelajarnya.

Pelajar berkenaan adalah dari Chang Jung Christian University, Taiwan dan Wu Yi University, China menyertai program sarjana di UTCS, katanya.

Sementara itu, KUST yang ditubuhkan pada 1954 tersenarai dalam 100 universiti terbaik di China.

KUST mempunyai tiga kampus, semuanya terletak di bandar Kunming, iaitu ibu kota Barat Daya Wilayah Yunnan, China yang dikenali sebagai Spring City of China.

Mempunyai 27 fakulti (sekolah/kolej) dan 3,900 kakitangan, KUST menawarkan lebih daripada 300 program di peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran dengan jumlah 40,000 pelajar sepenuh masa di kampus.

Program-program meliputi kejurutera­an, sains, pengurusan, ekonomi, perubatan, undang-undang, seni, falsafah, pertanian, dan pendidikan.

 ??  ?? DIMETERAI: Khairuddin (kanan) bertukar MoA dengan Wang dalam satu majlis ringkas di UCTS, semalam.
DIMETERAI: Khairuddin (kanan) bertukar MoA dengan Wang dalam satu majlis ringkas di UCTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia