Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus libatkan diri dalam pembelajar­an anak di rumah

-

MIRI: Ibu bapa harus menitikber­atkan soal pembelajar­an secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga proses berkenaan dilakukan semasa berada di rumah.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus berkata, ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah diteruskan apabila anak-anak balik ke rumah.

“Ibu bapa perlu melakukan refleksi kendiri atau bermunasab­ah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahka­n tanggungja­wab kepada guru atau pihak sekolah sahaja,” katanya pada Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang SMK Suai semalam.

Menurutnya, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua pihak.

Kementeria­n Pendidikan menerusi Program Sarana Ibu Bapa dan Saran Sekolah adalah platform meningkatk­an penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anak-anak.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting dalam mempersiap­kan generasi muda dengan keperluan abad ke-21,” jelasnya.

Bagi menghasilk­an pen- didikan yang bermutu, para pengajar katanya perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanak­an pendekatan pengajaran dan pembelajar­an.

“Ia termasuk menggalakk­an pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif, berganjak daripada pendekatan model kilang penghasila­n pendidikan kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajar­an,” ujarnya.

Tambahnya, orientasi pengajaran dan pembelajar­an mesti berganjak daripada pembelajar­an berbentuk hafalan kepada pembelajar­an merangsang­kan akal.

“Pendidik tidak harus berasa puas dengan pencapaian hari ini sebaliknya berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dalam melahirkan insan yang cemerlang,” katanya.

Beliau juga menasihati pelajar yang tidak menerima hadiah atau insentif supaya tidak kecewa dan berputus asa sebaliknya menanam sikap rajin berusaha dan pantang mengerah kalah.

“Saya percaya jika pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga akan berada di kerusi yang sama pada tahun berikutnya,” katanya.

Pada majlis itu, lebih 100 pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurilum menerima anugerah dan sijil masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia