Utusan Borneo (Sarawak)

Penaung pasukan olahraga SMK Sacred Heart sumbang RM20,000

-

SIBU: Penaung pasukan olahraga SMK Sacred Heart Dr Gregory Hii Sui Cheng menyumbang RM20,000 untuk pembanguna­n sukan di sekolah itu bagi mencapai prestasi cemerlang.

Beliau berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk memperkasa­kan lagi sukan dalam acara trek dan padang dalam tempoh lima tahun.

Gregory mengumumka­n pemberian sumbangan tersebut semasa berucap pada majlis penghargaa­n untuk pasukan olahraga sekolah tersebut di sebuah restoran tempatan di sini, kelmarin.

Sebanyak 26 atlet menerima insentif pada majlis berkenaan kerana berjaya menunjukka­n prestasi cemerlang.

Turut hadir Presiden Persatuan Bekas Pelajar SMK Sacret Heart (SHOSA) Yong King Sung dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Dr Lau Ngi Chuong.

“Saya menawarkan untuk menaja RM20,000 (kepada SMK Sacred Heart) untuk tempoh lima tahun bagi membolehka­n sukan dalam acara trek dan padang dapat dibangunka­n ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan kata lain, menggalakk­an sekolah menghasilk­an atlet dengan standard yang terbaik sekali gus meletakkan sekolah dalam kedudukan cemerlang dari segi sukan.

“Sumbangan ini juga membolehka­n pengurusan sekolah memberi tumpuan kepada penganjura­n kejohanan olahraga yang merupakan tradisi ‘La Salle Brothers’.

“Inilah tradisi dan saya ingin menghidupk­ansemulake­kuatan ini bagi memberikan tumpuan terhadap acara olahraga,” jelas beliau yang merupakan bekas ketua sukan sekolah tersebut.

Gregory yang juga pengerusi Persatuan Olahraga Ama- tur Bahagian Sibu (SDAAA) menekankan bahawa sukan dan akademik perlu seiringan.

Beliau percaya adalah penting bagi setiap sekolah menghasilk­an pelajar yang seimbang agar sesuai dengan industri ini (sukan) pada masa akan datang.

Untuk rekod, sekolah itu menyapu bersih pingat pada Kejohanan Sukan Antara Sekolah Sibu bawah 13, 14 dan 17 tahun baru-baru ini.

SMK Sacred Heart juga muncul juara kategori bawah 13 selama enam tahun berturuttu­rut sejak 2013.

Pelari berusia 13 tahun Benedict Duau dan pelari berusia 14 tahun Allan Lay serta atlet Liong King Hui dinobatkan atlet terbaik dalam kategori masing-masing.

Liong memenangi pingat perak dalam acara lontar peluru dalam kejohanan ‘Lion City Throws Meet 2018’ di Singapura.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Gregory (duduk, tengah) bersama yang lain sama sesi bergambar beramairam­ai kelmarin.
UNTUK KENANGAN: Gregory (duduk, tengah) bersama yang lain sama sesi bergambar beramairam­ai kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia