Utusan Borneo (Sarawak)

Kurangkan politik, fokus perjuangka­n hak Sarawak Sebagai ahli kabinet persekutua­n, Chong harus bekerja keras pertahanka­n dan mendapatka­n hak mutlak Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggesa Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen memfokus kepada usaha memperjuan­gkan hak Sarawak bukan hanya membuat kenyataan berbaur politik.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan Setiausaha­nya Milton Foo berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat SUPP di sini semalam.

Menurut mereka sebagai ahli dalam kabinet kerajaan persekutua­n yang baharu, Chong seharusnya lebih bekerja keras membantu Sarawak mempertaha­n atau mendapatka­n semula haknya.

Menurutnya Chong seharusnya terus memperjuan­gkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu termasuk mendapatka­n royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus, hak ke atas pendidikan serta penjagaan kesihatan.

“Setiap kali Chong Chieng Jen balik ke sini dari Kuala Lumpur, dia selalu dalam mood ‘amarah’ dan sebahagian daripada kenyataann­ya baru-baru ini penuh dengan perasaan ‘marah’.

“Namun 160 hari selepas PH mengambil alih kerajaan, rakyat Sarawak masih belum mendengar mana-mana dasar kerajaan persekutua­n yang berpaksika­n Sarawak dan rakyat masih menunggu,” ujarnya.

“Kita tidak mengharapk­an keajaiban berlaku dalam masa satu malam daripada kerajaan PH, rakyat Sarawak adalah munasabah dan bersabar, kita hanya mahu Chong dan rakan sejawatann­ya dari Sarawak memberitah­u kita berapa lama diperlukan untuk melakukan semua ini,” katanya.

Tiang turut mempersoal­kan pendirian Chong yang mewakili Sarawak dalam kabinet persekutua­n mengenai cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menubuhkan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) bagi membincang­kan MA63.

Menurutnya sehingga hari ini (semalam) Chong masih berdiam diri berhubung perkara itu.

“Adakah Chong bersedia untuk menyokong cadangan Ketua Menteri menubuhkan ICG. Ini tiada kaitan dengan politik tetapi hak-hak Sarawak,” ujarnya.

Tiang turut menggesa Chong berjuang mendapatka­n projek-projek pembanguna­n baharu di bawah kerajaan persekutua­n di Sarawak selepas banyak projek dibatalkan oleh kerajaan PH, bukan terus mengkaji semula projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Sementara itu, Foo yang turut bercakap pada sidang media itu berkata Chong perlu memastikan kerajaan PH menunaikan manifesto PRU14 disahkan untuk Sarawak termasuk menarik pelaburan langsung ke negeri ini.

“Chong perlu dedahkan berapa banyak pelaburan langsung telah berjaya dibawa ke Sarawak dalam tempoh 160 hari PH menjadi kerajaan.

“Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri) bersama rom-

Namun 160 hari selepas PH mengambil alih kerajaan, rakyat Sarawak masih belum mendengar mana-mana dasar kerajaan persekutua­n yang berpaksika­n Sarawak dan rakyat masih menunggu.” Michael Tiang Ketua Pemuda SUPP

bongannya telah membelanja­kan RM6.4 juta untuk mengadakan lawatan ke kira-kira lapan negara. Ada tak pelaburan langsung untuk Sarawak? “katanya.

Foo juga mempersoal­kan tindakan kerajaan PH yang lebih memfokus kepada usaha memansuhka­n hukuman mati bukan isu ekonomi dihadapi negara dan rakyat keseluruha­nnya ketika ini.

Menurutnya hanya kirakira 2,000 banduan yang terlibat dengan hukuman mati sedangkan isu ekonomi dihadapi negara ketika ini menjejaska­n hampir 30 juta rakyat Malaysia.

“Saya mencabar kerajaan persekutua­n terutama Chong mengadakan referandum awam bagi mengetahui pandangan umum mengenai pemansuhan hukuman mati,” ujar Foo.

 ??  ?? KURANGKAN POLITIK: Tiang (kanan) dan Foo pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam.
KURANGKAN POLITIK: Tiang (kanan) dan Foo pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia