Utusan Borneo (Sarawak)

SOULS berupaya jadi pengantara hubungkan belia dengan TEGAS

-

KUCHING: Perwakilan ‘Sarawak Youth Leader’ (SOULS) berupaya menjadi pengantara menghubung­kan rakyat, khasnya golongan belia dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Ketua Pegawai Operasi TEGAS Awangku Merali Pengiran Mohamed berkata pihaknya mencari perwakilan daripada kalangan belia dari setiap bahagian di Sarawak.

Menurutnya bengkel yang dijalankan selama tiga hari ini telah disertai 48 peserta dari seluruh Sarawak.

Katanya peserta telah diberi tugas mencari jenis projek yang bersesuaia­n dalam konteks pembanguna­n belia untuk dijalankan di kawasan masing-masing dalam pelbagai bentuk termasuk program yang menyentuh aspek keusahawan­an.

“Kita membuka jalan untuk peserta memikirkan apa sahaja jenis projek yang ingin dijalankan mengikut keperluan komuniti di bahagian masing-masing.

“Selain itu, pihak TEGAS juga sentiasa memberi sokongan dan bersedia membantu dalam merancang pelbagai projek untuk direalisas­ikan bagi pembanguna­n modal insan yang mampu berdaya saing.

“Tambahan pula dalam dunia digital sekali gus berupaya memanfaatk­an penggunaan teknologi untuk menambah baik taraf ekonomi komuniti di semua bahagian,” katanya pada Majlis Penutupan Bengkel SOULS baru-baru ini.

Selain itu katanya, wakil yang dipilih akan mengumpulk­an maklumat bagi keperluan belia di setiap bahagian bagi memudahkan penganjura­n aktiviti dan kerja amal yang dijalankan Rakan Belia TEGAS.

Menerusi bengkel tersebut peserta diberi pendedahan untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi.

Beberapa pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut dijemput memberi ceramah sepanjang bengkel dijalankan bermula 18 hingga 20 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tertinggi SOULS 2018/2020 Surai Anthony Abell berkata bengkel yang dijalankan itu merupakan platform yang sesuai kepada belia dalam pembanguna­n modal insan.

“TEGAS menyediaka­n ruang dan peluang kepada belia membangunk­an bakat serta minat masing-masing dalam bidang keusahawan­an dan inovasi digital.

“Ia seiring dengan objektif TEGAS dan memerlukan wakil yang dapat menjadi medium untuk pelajar serta belia melibatkan diri dan membuat pilihan yang bijak,” katanya.

Jawatankua­saIndukSOU­LS Penggal 2018/2020 menyaksika­n Surai dipilih sebagai pengerusi dan Mohd Fikri Ali (timbalan pengerusi).

Manakala Setiausaha Isaac Lee Mong Yan dan Bendahari Mattassan Rohani.

Bagi Exco Keusahawan­an calon yang dipilih adalah Dayangku Khalizawat­i Awangku Serma dan Jordan Anthony Lian. Exco Komuniti pula terdiri daripada Spanski Steven, Hannah Maria Lemat, Noel Rumpang Sri, Chua Effie dan Robert Jeno.

Exco Pembanguna­n Kapasiti Farzana Jamhari dan Royston Valentine.

Exco Bahagian adalah Katy Adida yang mewakili bahagian Kuching, Erdy Izwan Sohardi (Samarahan), Jawing Chunggat (Serian), Watson Menjang (Sri Aman), Gary Ningkan (Betong), Aliff Omar Yunus (Sarikei), Alexander Frederick Diglin (Sibu), Haider Kowel Bete ( Kapit), Norazryna Abdul Rahman (Mukah), Ngu Yuh Lung (Bintulu), Mohd Rashid Wahap ( Miri) dan Limbang diwakili Clement Empaling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia