Utusan Borneo (Sarawak)

Kikis persepsi negatif terhadap pendidikan teknikal dan vokasional

-

BINTULU: Masyarakat harus mengikis persepsi negatif terhadap pendidikan teknikal dan vokasional kerana bidang tersebut mempunyai pasaran kerja luas pada masa sekarang, kata Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Dr Abdul Rahman Deen.

Jelasnya, setiap ibu bapa harus menggalakk­an anak mereka menceburi bidang berkaitan kemahiran serta teknikal dan bukannya hanya menekankan aspek akademik semata-mata.

“Ini kerana pada masa sekarang, bidang kemahiran vokasional amat diperlukan, memandangk­an Sarawak sedang mengalami pembanguna­n pesat dalam sektor perindustr­ian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Kesedaran Latihan dan Perindustr­ian 2.0 (TRIA 2.0) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Program tiga hari itu yang berakhir semalam dihadiri kira-kira 100 pelajar tingkatan tiga daripada 10 sekolah menengah di bahagian ini termasuk Sebauh, Tatau dan Belaga.

Program ini yang merupakan anjuran Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, turut mendapat kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Institut Kemahiran MARA ( IKM) Bintulu dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu.

Beliau berkata program yang dijalankan itu secara tidak langsung memupuk semangat setiap pelajar supaya membuka mata dan minda bahawa bidang kemahiran dan vokasional mempunyai masa depan yang cerah sekiranya mereka mengikuti pelbagai program kemahiran yang ditawarkan.

Justeru katanya, setiap pelajar harus belajar bersungguh-sungguh terutama subjek Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), kerana ia merupakan mata pelajaran asas yang membolehka­n mereka memasuki aliran sains pada masa depan.

Pengarah ADTEC Bintulu Nasaruddin Mohammad antara yang hadir pada majlis berkenaan.

 ??  ?? KUASAI KEMAHIRAN: Dr Abdul Rahman (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.
KUASAI KEMAHIRAN: Dr Abdul Rahman (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia