Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Dato Permaisuri Miri rai pelajar tingkatan lima

-

MIRI: Seramai 222 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato Permaisuri Miri di sini menerima sijil dan anugerah sempena Majlis Apresiasi Permata Permaisuri 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Majlis yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon itu turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah kecemerlan­gan kepada lapan pelajar.

Tiga pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang Kolej Fajar 2018 ialah Suhaimi Suffian, Jemina Hana Satu dan Mohammad Aniq Ashwin Abuzar, ketiga-tiganya daripada kelas 5 Sains 1.

Tiga lagi pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang IBS 2018 ialah Aliffudin Akbar Mohd Tarmizi (daripada kelas 5 MPED), Nurul Amira Sastra Kamalsaste­ra (5A) dan Kitty Kho Hui Ting (5 Sains 2)

Sementara penerima Anugerah Cemerlang Institut Teknologi Riam 2018 pula ialah Kho Yea Tyan (5A) dan Vincent Wong Lee Wang (5B).

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Permaisuri William Lim berharap kejayaan dan pencapaian cemerlang yang diperoleh sepanjang tahun itu, dijadikan motivasi dan pencetus semangat kepada para pelajar untuk memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaa­n SPM yang akan bermula pada 13 November depan.

“Bersediala­h dengan SPM yang akan bermula bulan depan dan lakukan yang terbaik untuk membanggak­an ibu bapa anda, yang telah bersusah payah menyekolah­kan anda dan menghantar anda ke sekolah setiap pagi,” katanya.

Katanya masih ada kesempatan untuk para pelajar mempersiap­kan diri menghadapi SPM, terutama dengan mengulang kaji pelajaran dan seterusnya memberi keputusan memberangs­angkan.

“Para pelajar harus bersikap positif,” katanya sambil menggesa ibu bapa terlibat sama memainkan peranan membantu anak-anak mengharung­i peperiksaa­n penting itu kelak.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau mahu ibu bapa terus memberi sokongan kepada Kelab Sokongan Ibu Bapa ( KSIB) untuk membantu guru serta pihak sekolah demi kebaikan anakanak mereka.

Sementara itu, Dr Ting dalam ucapan perasmiann­ya menjelaska­n bahawa sistem pendidikan negara kini bakal menuju perubahan strategik daripada corak pembelajar­an sebelum ini kepada sistem yang memerlukan perkongsia­n dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, sebagaiman­a yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Oleh itu, adalah penting untuk beralih daripada hanya pembelajar­an di sekolah kepada sistem pembelajar­an melibatkan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.

“Dalam erti kata lain, kita perlu memperbaik­i dan menggabung­kan penglibata­n ibu bapa, serta penglibata­n komuniti yang lebih luas untuk pembelajar­an anak-anak kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia