Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n Nanyang Wushu Sarawak buka 14 pusat latihan wushu

-

KUCHING: Persekutua­n Nanyang Wushu Sarawak telah membuka 14 pusat latihan seni mempertaha­nkan diri wushu sebagai pengenalan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di sini.

Kursus pengenalan percuma Shaolin Wushu Kungfu itu akan bermula pada 27 Oktober hingga 27 November tahun ini.

Shaolin Wushu Kungfu adalah seni mempertaha­nkan diri berasal dari kuil Shaolin yang terkenal di China sejak 495 AD.

P o p u l a r i t i s e n i mempertaha­nkan diri tersebut telah digunakan secara meluas termasuk pada majlis-majlis keramaian di China dan dapat dilihat dalam bebera filem terbitan negara itu.

Tujuan latihan tersebut adalah untuk menanam disiplin diri ke arah minda dan tubuh yang sihat.

Pusat- pusat l atihan berkenaan terletak di Taman Lorong 3 Kali, Jalan Resak, 108, Lorong 1B2, Tabuan Heights Fasa Satu, Gelanggang Bola Keranjang Arang Road, Batu 4, Lorong 15A, Off Jalan Penrissen, Dewan Masyarakat Sungai Maong, Kuching, Dewan Persatuan Taman Phoning & Everbright, Kuching, Dewan Suarah Bau, Dewan SJK Chung Hua Sambir, Asajaya.

Gelanggang Bola Keranjang SJK Chung Hua Batu Kawa, Dewan SJK Chung Hua Batu 10, Kota Padawan, Dewan Komuniti Siburan, Gelanggang Bola Keranjang 7th Miles (Jalan Lapangan Terbang Lama, Kota Sentosa), Dewan Suarah Kota Samarahan, Dewan Sekolah Menengah Awam Serian, Dewan Serba Guna Gita dan Jalan Pinang Jawa, Matang.

Sementara itu, Ketua Pengajar Persekutua­n Profesor Dato Sri Dr Song Swee Hee meminta pelajar memilih pusat latihan mereka dan mendaftar diri melalui SMS atau aplikasi WhatsApp ke talian 019-8866879 atau datang sendiri semasa sesi latihan.

Sementara itu, kelas dewasa juga dibuka kepada orang ramai di Nanyang Wushu Federation of Sarawak, 352, Lorong 3, Taman Kali, Jalan Resak dari Kuching Bypass, Kuching pada hari Isnin dan Rabu dari jam 7.15 malam hingga 8.30 malam.

U n t u k p e r t a n y a a n lanjut, sila hubungi talian 0198866879, 0168866879 atau 0168675079.

 ??  ?? WUSHU: Satu sesi latihan seni mempertaha­nkan diri wushu sedang dijalankan.
WUSHU: Satu sesi latihan seni mempertaha­nkan diri wushu sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia