Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel ‘Randau Digital Sarawak’ di Miri, esok

-

KUCHING: Pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang ( AZAM) Sarawak akan menganjurk­an bengkel sehari bertajuk ‘ Randau Digital Sarawak’ pada 25 Oktober (esok) di Miri.

Bertemakan ‘ Ke Arah Masyarakat Digital’, ia berfungsi memastikan m a s y a r a k a t S a r a w a k memahami dan mengambil bahagian dalam kemajuan teknologi digital dan komunikasi masa kini.

Sekitar 170 peserta yang terdiri daripada ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), usahawan tempatan dan wakil-wakil belia dari bahagian Miri dijangka akan menghadiri bengkel tersebut.

Ia bagi membantu peserta mengenali dan mendidik komuniti di peringkat akar umbi mengenai strategi pembanguna­n dan trend di bawah agenda kerajaan negeri ke arah ekonomi digital.

Sesi tersebut akan dikendalik­an pemain industri, pakar serta wakil kerajaan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak (MTACYS), Jabatan Pertanian Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pustaka Negeri Sarawak.

Antara sektor utama yang akan dibincangk­an pada bengkel berkenaa ialah pembangu- nan kapasiti ekonomi digital, e-pelanconga­n, teknologi dan pertanian digital.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dijangka akan mengadakan dialog dengan para peserta mengenai tema ‘ Peranan Pemimpin Dalam Menggerak Masyarakat Akar Umbi Ke Arah Ekonomi Digital’ serta memberi peluang kepada rakyat untuk menyuaraka­n dan membincang­kan kebimbanga­n mereka mengenai inisiatif ekonomi dan pembanguna­n digital.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nissa Normin (AZAM Sarawak) di talian 082- 411799 atau e- mel: nissa@azam.org.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia