Utusan Borneo (Sarawak)

Berperahu bawa anjing dapatkan vaksin anti-rabies

Ada pemilik guna perahu bawa anjing ke tempat program vaksinasi di Tebingan Dalat

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Wabak rabies atau anjing gila akhirnya dikesan di Dalat pada minggu lalu.

Wabak bermula dan melanda Sarawak sejak Julai tahun lalu itu mengorbank­an beberapa nyawa.

Sejak itu, wabak ini dipandang serius terutama oleh Kerajaan Sarawak yang sentiasa meletakkan keutamaan terhadap keselamata­n rakyat.

Berikutan itu, Jabatan Veterinar Bahagian Mukah (JBVM) mengadakan satu siri suntikan vaksin anti-rabies pada 20 dan 21 Oktober lalu di Tebingan Dalat.

Ia mungkin satu daripada usaha dan tindakan kebiasaan berlaku di mana- mana kawasan sebelum ini, yang turut dilanda wabak itu.

Namun, apa yang berlaku sepanjang pemvaksina­n mungkin sedikit menarik untuk dikongsika­n.

Di Dalat tidak semua kawasan dapat dihubungka­n dengan jalan raya atau jalan darat.

Malah, beberapa kawasan masih menggunaka­n jalan perhubunga­n air sebagai pengangkut­an utama.

Atas kesedaran ini, ada antara pemilik anjing sanggup menggunaka­n sampan dan perahu dari kawasan tempat tinggal mereka semata-mata mahu mendapatka­n vaksin.

I n i d i a k u i K e t u a Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Mukah Hasnul Abdullah Buyung yang m e n g e t u a i p r o g r a m pemvaksina­n tersebut.

“Sepanjang dua hari program, ramai penduduk sanggup bersusah payah membawa anjing peliharaan mereka menggunaka­n perahu dari perkampung­an sepanjang Sungai Dalat,” katanya terutama demi keselamata­n penduduk.

Sebenarnya, kakitangan veterinar terlibat dalam program ini tidaklah seramai disangka.

Hanya empat sahaja kakitangan daripada jabatan tersebut bertugas memberi vaksin anti-rabies.

Sepanjang dua hari program, mereka berjaya memberi vaksin kepada 120 anjing melibatkan 72 pemilik.

Kekangan dan kekurangan kakitangan hanya seramai empat orang itu tidak sedikit pun menghalang pihak veterinar menabur bakti serta memberi perkhidmat­an terbaik.

Malah, program pemberian vaksin bermula di pejabat veterinar Mukah sejak 9 Oktober lalu.

“Kerjasama diberikan pemilik anjing sebenarnya memberi kami kekuatan untuk meneruskan program,” jelasnya.

Segala masalah dapat diatasi dengan sikap serta keramahan pemilik anjing.

Kegembiraa­n terpancar pada wajah pemilik anjing setelah mendapatka­n vaksin.

Ini adalah tepat kerana pencegahan rabies adalah usaha bersama semua pihak.

Pihaknya juga berjanji terus memberi perkhidmat­an terbaik dan tidak berhenti setakat itu sahaja.

P r o g r a m - p r o g r a m pemvaksina­n diteruskan sehinggala­h kawasan terbabit diisytihar­kan bebas rabies.

 ??  ?? GEMBIRA: Wajah pemilik anjing ceria setelah anjing kesayangan­nya mendapat suntikan vaksin anti-rabies.
GEMBIRA: Wajah pemilik anjing ceria setelah anjing kesayangan­nya mendapat suntikan vaksin anti-rabies.
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Hasnul (kanan) merakam kenangan bersama kakitangan lain.
UNTUK KENANGAN: Hasnul (kanan) merakam kenangan bersama kakitangan lain.
 ??  ?? DEMI TUGAS: Vaksin anti-rabies disuntik kepada anjing ketika masih dalam perahu.
DEMI TUGAS: Vaksin anti-rabies disuntik kepada anjing ketika masih dalam perahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia