Utusan Borneo (Sarawak)

Pemvaksina­n anti-rabies besarbesar­an di Sibu hingga 2 Nov

-

SIBU: Program pemvaksina­n anti-rabies besar-besaran bagi kawasan dalam lingkungan 10 kilometer sekitar Jalan Teng Chin Hua telah bermula semalam (23 Oktober) hingga 2 November ini.

Destinasi pertama semalam telah berlangsun­g di hadapan kedai di Lorong Teng Chin Hua 1, bermula jam 9 pagi hingga petang.

Lokasi program seterusnya adalah berdekatan Kolej Laila Taib ( landasan lapangan terbang lama) hari ini, Unicity Food Court esok dan tapak parkir kereta Taman Jubli Bukit Aup lusa.

Pada 30 Oktober, program akan diadakan di hadapan kedai TK Hardware Taman Indah, diikuti Fair Price di Lorong Teku 29 ( 31 Oktober), Swan Square di Jalan Ling Kai Cheng ( 1 November) dan Hin Hua Centennial Park di Lorong Taman Seduan 6 (2 November).

Program pemvaksina­n percuma ini dianjurkan Jabatan Perkhidmat­an V e t e r i n a r S a r a w a k dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Berikutan program ini, khidmat pemvaksina­n anti-rabies di pekarangan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Bahagian Sibu di Jalan Perpaduan setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi ditunda sementara.

Bagaimanap­un program dari rumah ke rumah di daerah Kanowit yang bermula 2 Oktober hingga 2 November masih diteruskan.

Pada 3 Oktober lepas, MenteriMud­aPerumahan­dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee mengesahka­n tiga anjing liar yang ditangkap di Jalan Teng Chin Hua disahkan positif rabies.

Ketiga- tiga anjing itu ditangkap pada 29 Ogos.

 ??  ?? PERCUMA: Pemilik anjing membawa haiwan peliharaan mereka untuk mendapatka­n suntikan vaksin anti-rabies ketika program semalam.
PERCUMA: Pemilik anjing membawa haiwan peliharaan mereka untuk mendapatka­n suntikan vaksin anti-rabies ketika program semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia