Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa buka semula klinik haiwan di bandar raya Miri

-

MIRI: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan semalam menggesa kerajaan agar membuka semula klinik haiwan kendaliann­ya di Miri sebagai sebahagian daripada strategi mengawal masalah anjing liar di bandar raya ini.

Presiden Zero Strays Miri ( ZSM) Sterwina Kho Wan Ling berkata, pada masa ini Miri tidak mempunyai klinik haiwan yang dikendalik­an kerajaan, justeru menyebabka­n pemilik haiwan peliharaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mengasi haiwan peliharaan mereka dan kos mengasi seekor anjing betina di klinik haiwan swasta misalnya boleh mencecah antara RM200 hingga RM250.

“Kami berharap kerajaan membuka semula klinik haiwan kerajaan bagi tujuan mengasi haiwan peliharaan di Miri. Ini akan menggalakk­an pemilik haiwan peliharaan mengasi haiwan peliharaan mereka lantas mengurangk­an jumlah kelahiran anak anjing yang tidak diingini yang kelak akan bertukar menjadi anjing liar,” katannya kepada BERNAMA di sini semalam.

Kho berkata punca utama banyak anjing liar berkeliara­n di bandar raya ini ialah terdapat pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggun­gjawab mengabaika­n haiwan peliharaan mereka dengan melepaskan haiwan-haiwan tersebut berkeliara­n di jalanjalan raya dan jika tidak dikasi, anjing-anjing itu akan mengawan dan melahirkan lebih banyak anak anjing lagi.

“Apabila pemilik anjing tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan anak- anak anjing tersebut, mereka lalu mengabaika­nnya,” katanya sambil menambah, walaupun bandar raya ini memiliki Jabatan Perkhidmat­an Veterinar tetapi ia lebih terlibat dengan pengeluara­n lesen import dan eksport sahaja dan hanya baru-baru ini sahaja membekalka­n vaksin untuk penyakit anjing gila atau rabies bagi mengawal penyakit itu daripada merebak di bandar raya ini.

D i m i n t a m e n g u l a s mengenai undang- undang kecil yang baharu bertujuan mengawal dengan lebih berkesan bilangan anjing di Sarawak yang diumumkan semalam, beliau memuji usaha Kerajaan Sarawak itu untuk mengenakan hukuman lebih tegas ke atas pemilik haiwan peliharaan yang melakukan kesalahan di Sarawak.

Beliau bagaimanap­un berkata pelaksanaa­n undangunda­ng kecil baharu itu hendaklah diikuti dengan penguatkua­saan yang lebih tegas pula oleh pihak berkuasa tempatan kerana jika tidak, masalah itu tidak akan selesai.

“Tanpa penguatkua­saan undang- undang terhadap p e n g a b a i a n h a i w a n , masalah anjing liar yang banyak berkeliara­n tidak akan dapat diselesaik­an kerana para pemilik tidak bertanggun­gjawab akan terus-terusan mengabaika­n haiwan- haiwan peliharaan yang tidak diingini mereka di jalan-jalan raya dan pihak berkuasa tempatan pula akan cuba menghapusk­annya... ia akan menjadi satu kitaran yang tidak berpenghuj­ung,” katanya sambil menambah, isu utamanya ialah undangunda­ng mengenai pengabaian dan pembuangan haiwan perlu dikaji semula.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dipetik sebagai berkata di Kuching semalam bahawa berkuat kuasa 1 Disember 2018, satu undangunda­ng kecil seragam yang terpakai di kesemua 26 pihak berkuasa tempatan di negeri ini akan dilaksanak­an untuk mengawal jumlah anjing di negeri ini.

ZSM ditubuhkan pada 2013 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan haiwan yang tidak mencari untung, bertujuan mengawal pembiakan anjing liar melalui kaedah mengasi haiwan- haiwan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia