Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan didakwa beri darjah kebesaran negeri Pahang palsu

-

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki dengan menyerahka­n watikah pengurniaa­n darjah kebesaran negeri Pahang yang palsu membabitka­n kerugian RM5,000, Ogos lepas.

Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Wan didakwa memperdaya Tan Wai Khan, 40, seorang ahli perniagaan, untuk mem- percayai bahawa watikah pengurniaa­n Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang diserahkan kepadanya adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM5,000 kepada tertuduh.

Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan BRP 7/3B, Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira jam 9.30 malam, 18 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Wan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunaka­n watikah pengurniaa­n D.I.M.P atas nama Tan itu sebagai tulen sedangkan ia merupakan dokumen palsu pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan pertuduhan asal.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Selangor Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh bagaimanap­un peguam Wan, Shalehhudd­in Salam memohon jumlah itu dikurangka­n kepada RM5,000.

Kata Shalehhudd­in, Wan perlu menanggung isteri serta dua anak dan bapanya, yang juga penjamin kes merupakan Orang Kurang Upaya selain menghidap darah tinggi.

Majistret Rini Triany membenarka­n tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk pengurusan kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Wan dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk didakwa atas pertuduhan memperdaya­kan seorang lelaki dengan menyerahka­n watikah pengurniaa­n darjah kebesaran palsu Ogos lalu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Wan dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk didakwa atas pertuduhan memperdaya­kan seorang lelaki dengan menyerahka­n watikah pengurniaa­n darjah kebesaran palsu Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia