Utusan Borneo (Sarawak)

Tertuduh tidak diwakili peguam dan tidak ditawarkan wang jaminan

-

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan yang sebelum ini mengaku bersalah atas tiga tuduhan mendera dua anak kandungnya sehingga meninggalk­an parut di beberapa bahagian badan, semalam menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Tertuduh yang berusia 19 tahun dan merupakan seorang suri rumah menukar pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semula pertuduhan ke atasnya pada prosiding yang ditetapkan untuk mendengar laporan sosial dan menjatuhka­n hukuman terhadapny­a.

“Tidak mengaku,” kata remaja itu yang kelihatan gelisah dan cuba menahan tangis serta kerap menoleh ke arah anggota keluargany­a yang berada di galeri awam di belakang kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun remaja itu yang tidak diwakili peguam memohon dia dibenarkan diikat jamin atas alasan anak- anaknya memerlukan jagaannya.

Seorang pegawai wanita daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) turut membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh atas alasan bimbang keselamata­n mangsa kerana tertuduh mempunyai hubungan dengan penjaga sementara mangsa iaitu kakak sulungnya.

“Tertuduh mempunyai akses kepada kanak-kanak ini melalui keluargany­a. JKM tidak mahu kanak-kanak ini berada dalam situasi yang terancam,” katanya.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 November untuk serahan dokumen serta 12 dan 13 Dis untuk perbicaraa­n.

Pada 25 September lepas, remaja itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dengan sengaja melakukan penderaan kepada anak perempuann­ya yang berusia dua tahun dua bulan dan bayi lelakinya berusia enam bulan sehingga mengalami kecederaan dan meninggalk­an parut di beberapa bahagian badan antaranya kedua-dua belah tangan kiri dan kanan, muka serta kaki.

Remaja itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Intan Baiduri, Sentul di sini antara jam 3 petang dan 4 petang, antara 6 Ogos dan 18 September lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya. — Bernama

Tertuduh mempunyai akses kepada kanak-kanak ini melalui keluargany­a. JKM tidak mahu kanak-kanak ini berada dalam situasi yang terancam. Pegawai JKM

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENGAKU SALAH: Remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan dipercayai anak seorang penggiat seni tanah air.
— Gambar Bernama TIDAK MENGAKU SALAH: Remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan dipercayai anak seorang penggiat seni tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia