Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak pejalan kaki, remaja diperintah ke Henry Gurney

-

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan diperintah­kan menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana melakukan rompakan berkumpula­n terhadap seorang pejalan kaki warga Bangladesh dan mengambil wang tunai RM70 daripada poket baju mangsa.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhka­n hukuman itu ke atas tertuduh yang berusia 14 tahun selepas pesalah juvana itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kesnya sebelum ini dan semalam ditetapkan untuk mendengar laporan sosial dan menjatuhka­n hukuman terhadapny­a.

Mahkamah memerintah­kan remaja itu menjalani hukuman bermula semalam.

Remaja perempuan itu didakwa bersama-sama seorang lagi rakannya yang telah dituduh, dengan niat melakukan rompak berkumpula­n terhadap Sm Nazmul Haque, dengan mengambil wang RM70 milik mangsa berhampira­n sebuah hotel di Jalan Leboh Pudu, Dang Wangi, di sini pada jam 2.30 petang, 31 Julai lepas.

Tuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Terdahulu, remaja itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon hukuman yang dapat memberi pengajaran dan mengubahny­a kerana dia merupakan pesalah muda.

Berdasarka­n laporan sosial, remaja itu datang daripada keluarga kucar-kacir kerana ibu dan bapanya dikatakan langsung tidak mempedulik­annya dan dia hanya tinggal dengan datuknya dan mengikut fakta kes, dia dan seorang rakan lelakinya menghampir­i mangsa yang ketika itu sedang berjalan kaki lalu terus mengambil wang daripada poket mangsa sebelum melarikan diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia