Utusan Borneo (Sarawak)

Setiausaha politik PM tarik balik rayuan berhubung laporan audit 1MDB

-

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip, semalam menarik balik rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Tinggi kepada permohonan semakan kehakimann­ya untuk mengklasif­ikasikan semula Laporan Ketua Audit Negara Mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada hakim- hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md Sam kemudian membatalka­n rayuan itu tanpa memerintah­kan sebarang kos.

Peguam Mohd Irzan Iswatt Mohd Noor, yang mewakili Muhammad Zahid, mem- beritahu mahkamah bahawa rayuan tersebut ditetapkan untuk pendengara­n hari ini, tetapi beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik rayuan tersebut.

Beliau berkata perkara pokok dalam rayuan itu telah menjadi akademik kerana Laporan Ketua Audit Negara tersebut telah diklasifik­asikan semula pada 15 Mei oleh kerajaan baharu.

Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan, yang mewakili respondenr­esponden, tidak membantah kepada penarikan balik rayuan tersebut.

Muhammad Zahid telah mengemukak­an permohonan semakan kehakiman, dengan menamakan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewan- gan Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai respondenr­esponden.

Dalam permohonan­nya, beliau memohon satu perintah bahawa keputusan untuk mengklasif­ikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi oleh kerajaan terdahulu adalah bertentang­an dengan perlembaga­an dan memohon suatu perintah menjadikan laporan akhir 1MDB boleh diakses orang awam.

Pada 24 Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Muhammad Zahid menyebabka­n beliau mengemukak­an rayuan ke Mahkamah Rayuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia