Utusan Borneo (Sarawak)

Dua polis maut kereta peronda terbabas di LPT

-

KUANTAN: Dua anggota polis maut selepas kereta peronda yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 183.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, mangsa yang maut ialah Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23 tahun.

Kedua-dua mereka, yang bertugas di cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan apabila kemalangan berlaku jam 3.20 petang,

“Mangsa dalam tugas pemantauan mengiringi Ops QUPI iaitu kertas peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 semasa kejadian.

“Kereta peronda dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar penghadang jalan menyebabka­n kenderaan itu terperosok ke bawah penghadang jalan berkenaan.

“Impak kemalangan menyebabka­n Roslan tercampakk­eluardarik­enderaanma­nakala Watson tersepit,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Norzamri berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat keadaan jalan yang licin memandangk­an cuaca semasa itu hujan dan lokasi kejadian baharu melepasi selekoh.

Beliau menambah, pihaknya meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Katanya, kedua- dua mangsa yang telah berumahtan­gga dihantar ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMALANGAN MAUT: Dua anggota Polis maut selepas kereta Polis yang dinaiki terbabas di KM 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan berdekatan Maran dekat Maran, semalam.
— Gambar Bernama KEMALANGAN MAUT: Dua anggota Polis maut selepas kereta Polis yang dinaiki terbabas di KM 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan berdekatan Maran dekat Maran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia