Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik gimnasium dan pembantu cedera ditembak

-

SHAH ALAM: Seorang pemilik gimnasium dan pembantuny­a cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat, dalam satu kejadian di Jalan Bukit Kemuning, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kedua- dua mangsa berusia lingkungan 40-an yang menaiki sebuah kereta terbabit melalui jalan tersebut.

“Mangsa (pemilik gimnasium) ketika itu memandu kenderaan berkenaan manakala pembantuny­a seorang lelaki warga Indonesia duduk di sebelah (pemandu).

“Ketika mereka melalui jalan ini, difahamkan datang sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang dan kemudian memotong kenderaan mangsa sebelum seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa tembakan ke arah kereta Audi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, akibat tembakan itu, pemilik gimnasium mengalami kecederaan di bahagian pipi manakala pembantuny­a cedera di perut.

“Siasatan ke atas kenderaan mangsa, menemukan tujuh kelonsong peluru dan kita percaya mangsa ditembak dari jarak dekat iaitu dari arah sisi pemandu menggunaka­n pistol jenis semi-auto.

“Buat masa ini polis belum dapat mengenal pasti motif sebenar kejadian, identiti suspek serta berapa ramai suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan ini,” katanya.

Beliau berkata, keduadua mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia