Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan palsu: 12 pegawai belia dan sukan di Johor direman

-

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini semalam, membenarka­n permohonan reman terhadap 12 pegawai belia dan sukan di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melebihi RM90,000, tiga tahun lepas.

Majistret Siti Hajar Ali membenarka­n reman terhadap kesemua mereka termasuk tiga wanita selama lima hari bermula semalam selepas permohonan dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Mohamad Anis Redza Muhamad Anuar.

Perintah tahanan reman ke atas mereka yang berumur lingkungan 30-an dan 50an itu, bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kelmarin, 15 pegawai belia dan sukan yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah negeri ini ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, berhubung tuntutan palsu berkenaan.

Bagaimanap­un, tiga daripada mereka iaitu seorang lelaki dan dua wanita dibebaskan dengan jaminan SPRM, kelmarin.

Menurut sumber SPRM, susulan siasatan yang dibuat 1 Okt lepas, kesemua mereka didapati telah bersubahat dengan kontraktor-kontraktor dengan membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjura­n Program Liga Sukan.

Ia melibatkan penganjura­n liga sukan di lapan daerah iaitu di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang, dan Kota Tinggi bagi tahun 2015, namun program berkenaan didapati tidak dilaksanak­an.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi kelmarin mengesahka­n tangkapan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHAN REMAN: Mahkamah Majistret diJohor Bahru, semalam membenarka­n permohonan reman terhadap 12 pegawai belia dan sukan di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melebihi RM90,000, tiga tahun lepas.
— Gambar Bernama TAHAN REMAN: Mahkamah Majistret diJohor Bahru, semalam membenarka­n permohonan reman terhadap 12 pegawai belia dan sukan di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melebihi RM90,000, tiga tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia