Utusan Borneo (Sarawak)

E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT diterbit

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah pun menerbitka­n e-buku Panduan Hijrah Diri bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) untuk kembali ke pangkal jalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, e-buku itu boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store.

“Buku Hadith Sahih Mengenai Perlakuan LGBT serta risalah Memahami LGBT Daripada Perspektif Seorang Muslim mengenai gejala itu turut dimuatkan,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BNBagan Datuk) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk membendung gejala songsang ini di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi agama Islam peringkat Persekutua­n telah mengambil inisiatif menyantuni golongan ini dengan melaksanak­an aktiviti temu seru (outreach) ke kawasan yang dikenal pasti dan mengajak mereka yang beragama Islam menyertai program rawatan dan pemulihan secara sukarela melalui Program Mukhayyam sejak 2011,” katanya.

“Seterusnya program pendidikan dan advokasi berkaitan isu LGBT berbentuk seminar telah menyasarka­n masyarakat awam termasuk pelajar sekolah, universiti, kaunselor sekolah, ibu bapa, staf kesihatan dan sukarelawa­n sosial Islam yang membincang­kan aspek kesihatan dan psikologi agar peserta mendapat maklumat tepat mengenai perlakuan LGBT,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia