Utusan Borneo (Sarawak)

KSBM diguna pakai di semua institusi KPM tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Kerangka Standard Bahasa Melayu ( KSBM) yang bertujuan mengukur tahap kompetensi penggunaan bahasa Melayu akan diguna pakai di semua institusi bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun depan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata KSBM yang akan dikeluarka­n bersama manual panduan penggunaan itu juga akan dijadikan rujukan semua institusi di negara ini termasuk di luar negara yang menawarkan program bahasa Melayu.

“Kita juga akan pastikan standard dan manual ini digunakan di semua kementeria­n lain bagi memberi panduan tahap penggunaan bahasa Melayu yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menutup Bulan Ba- hasa Kebangsaan (BBK) 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dekat sini semalam.

Menurut Maszlee, KSBM yang menyamai ‘Common European Framework of Reference For Languages’ (CEFRL) itu mempunyai enam tahap mengukur kecekapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur.

Katanya, sebelum ini tidak ada instrumen yang boleh mengukur tahap kompetensi bahasa Melayu sedangkan bahasa itu merupakan bahasa kelima mempunyai jumlah penutur teramai di dunia.

KSBM yang diusahakan menerusi Inisiatif Pemartabat­an Pendidikan Bahasa Melayu itu juga diwujudkan bagi menyeragam­kan penggunaan bahasa Melayu penutur di negara ini.

Mengulas mengenai BBK, Maszlee berkata pelbagai aktiviti yang bertujuan memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah bermula sejak 16 Ogos lalu.

“Program BBK akan terus dirangka dengan lebih kreatif dan kita akan memastikan ia disambut dengan lebih meriah serta mendapat perhatian lebih banyak pihak,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaik­an Anugerah Penghargaa­n Akademik Bahasa Melayu kepada pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr S. Vijayaletc­humy.

Anugerahta­hunanitudi­berikan kepada ahli akademik yang berwibawa dalam pelbagai disiplin ilmu bagi memartabat­kan penggunaan bahasa Melayu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Maszlee menyampaik­an Piala Anugerah Penghargaa­n Akademik Bahasa Melayu dan replika cek kepada S.Vijayaletc­humy (kanan) pada Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri).
— Gambar Bernama TAHNIAH: Maszlee menyampaik­an Piala Anugerah Penghargaa­n Akademik Bahasa Melayu dan replika cek kepada S.Vijayaletc­humy (kanan) pada Majlis Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia