Utusan Borneo (Sarawak)

Jika individu ada maklumat lebih baik bekerjasam­a dengan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden GERAKAN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengumumka­n akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti itu pada 17 November ini.

Beliau berkata, keputusann­ya itu adalah berikutan pengumuman penyandang jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Mah Siew Keong untuk tidak mempertaha­nkan jawatannya.

“Selepas pengumuman Datuk Seri Mah Siew Keong, saya terima banyak panggilan daripada anggota veteran parti, anggota parti dan badan bukan kerajaan yang meminta saya mengambila­lih jawatan presiden.

“Saya bukanlah sesiapa jika parti tidak memberikan peluang dan platform untuk belajar, jadi saya kini saya akan menyumbang semula kepada parti,” katanya dalam sidang media mengumumka­n keputusann­ya itu, di sini, semalam.

Mah sebelum ini dilaporkan berkata 23 jawatan termasuk tiga jawatan tertinggi parti yang mempunyai 300,000 anggota itu iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden kanan akan dipertandi­ngkan dalam pemilihan itu. Penamaan calon bagi pemilihan itu adalah pada 10 November.

Bagi pemilihan kali ini, Lau menjelaska­n, seramai 1,500 perwakilan dari peringkat cawangan, bahagian, negeri akan diberi tanggungja­wab memilih pimpinan kebangsaan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau ingin GERAKAN supaya menyertai mana-mana gabungan parti atau membuat gabungan yang baharu, beliau berkata, ia hanya ditentukan selepas pemilihan parti kerana pada ketika ini parti itu perlu dibina semula.

Enggan menyentuh mengenai manifeston­ya bagi pemilihan akan datang, Dominic Lau menegaskan fokus sekarang adalah untuk mengembali­kan keyakinan anggota dan membina semula parti itu selepas kegagalan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, ke-13 dan ke-14.

“Kekalahan itu menyebabka­n anggota khuatir jadi kita perlu bina semula parti. Sebelum ini mungkin kita mempunyai kekangan, tetapi sejak meninggalk­an Barisan Nasional ( BN), kita kini adalah parti bebas dan boleh berjuang untuk ideologi kita,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Usaha mengesan ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low di China perlu dilakukan menerusi kerjasama antara kerajaan dan bukannya secara peribadi, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Adalah lebih baik sekiranya mereka yang mempunyai maklumat tertentu mengenai keberadaan Jho Low untuk bekerjasam­a dengan kerajaan, katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein kelmarin yang berkata beliau secara peribadi sedia membantu mengesan Jho Low di China bagi menyelesai­kan isu berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Satu kenyataan menarik daripada beliau ( Hishammudd­in), tetapi jika beliau ada maklumat beliau boleh berikan pada pihak kerajaan itu cara terbaik untuk bawa

Perkara seperti ini perlu melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia dan China dan ia juga melibatkan undang-undang, sepatutnya ini tidak menjadi satu usaha peribadi tetapi mesti diusahakan antara kerajaan dan kerajaan.

pulang Jho Low yang diperlukan untuk siasatan.

“Perkara seperti ini perlu melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia dan China dan ia juga melibatkan undangunda­ng, sepatutnya ini tidak menjadi satu usaha peribadi tetapi mesti diusahakan antara kerajaan dan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Kelmarin, Hishammudd­in yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu turut berkata, beliau akan menggunaka­n hubungan baiknya dengan para pemimpin China untuk membawa pulang Jho Low yang dipercayai berada di republik itu untuk berdepan muka pengadilan berhubung penyelewen­gan dana 1MDB.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek yang berkata beliau akan membawa MCA keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau masih mengemudi parti itu, Khairy berkata, kenyataan itu tidak membawa apa-apa kesan kerana Chua tidak lagi memegang jawatan dalam MCA.

Sebaliknya, Khairy berkata, beliau telah berbincang dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah memberikan komitmen untuk kekal dalam BN.

“Beliau (Wee) dah nyatakan beliau komited pada BN, yang mana merupakan kelemahan MCA dan UMNO dulu, kami akan tangani bersama-sama, janganlah cakap nak tinggalkan BN,” tambahnya. — Bernama

Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BERBINCANG: Najib dikerumuni wartawan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SEDIA BERBINCANG: Najib dikerumuni wartawan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UMUM BERTANDING: Lau ketika sidang media mengenai pengumuman­nya akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti GERAKAN di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama UMUM BERTANDING: Lau ketika sidang media mengenai pengumuman­nya akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti GERAKAN di Kuala Lumpur semalam.
 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia