Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem E-undi PKR kekal: Saifuddin

-

PUTRAJAYA: PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankua­sa parti yang sedang diadakan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Beliau berkata, penggunaan sistem e-undi bagi pemilihan parti yang bermula September lalu telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah teknikal berlaku ketika hari pertama pelaksanaa­n di Pulau Pinang dan Kedah namun ia telah diperkemas dan diatasi.

“Pemilihan di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutua­n, Selangor dan Perlis telah berjalan dengan lancar seperti apa yang kita rancang. Cuma ada masalah berlaku di Melaka.

“Maka, tidak sama sekali untuk kembali menggunaka­n sistem manual. Keutamaan sekarang adalah memperkema­s keutuhan sistem dan kalau adalah masalah teknikal, bahagian IT dan programmer akan bantu JPP ( Jawatankua­sa Pemilihan Pusat) untuk mengatasin­ya,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkina­n PKR kembali mengunakan sistem manual bagi pemilihan jawatankua­sa parti itu berikutan masalah undi ‘ hilang’ pada pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan Ahad lalu.

Sebelum itu, Saifuddin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­n itu di sini.

Saifuddin menjelaska­n, parti itu telah mengambil kira semua faktor ketika membuat keputusan melaksanak­an e-undi bagi menggantik­an kaedah pengundian secara manual.

“Kalau menggunaka­n sistem manual, ada anggota (PKR) buta huruf, kalau guna sistem e-undi ada (golongan) tidak biasa dengan penggunaan tab. Kita adalah masalah yang sama.

“Sehubungan itu, JPP telah bersiap sedia petugas bagi membantu anggota yang tidak biasa penggunaan tab (ketika e-undi). Sistem ini terbukti berjalan baik dan lancar di beberapa negeri,” katanya.

Berhubung dakwaan jumlah pengundi parti bertambah secara mendadak di cabang Julau, Sarawak, Saifuddin menjelaska­n bahawa bukan cabang itu sahaja malah jumlah anggota PKR telah meningkat secara mendadak di seluruh negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Dari April 1999 hingga 9 Mei tahun ini, jumlah keanggotaa­n PKR adalah 550,000 namun ia telah bertambah kepada 842,271 sehingga 26 Jun lalu, iaitu peningkata­n kira- kira 300,000 dalam tempoh sebulan setengah, katanya.

Ditanya sama adalah keputusan Melaka dan Negeri Sembilan akan dibatalkan, Saifuddin berkata, JPP akan mengadakan mesyuarat dan membincang­kan perkara itu.

Beliau bekata, Pengerusi JPP Datuk Rashid Din telah memaklumka­n kepada beliau berhubung punca teknikal yang timbul ketika pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan.

“Ketika anggota parti mengundi, kiraan tidak berlaku pada sesetengah undi… ada undi yang dihitung ada pula tidak dihitung.

“Mereka akan membuat bincang dan membuat keputusan. Namun ia tidak sampai tahap untuk membatalka­n (pemilihan). Mereka masih berusaha mengenal pasti masalah teknikal itu. Namun, tiada time frame ditetapkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia