Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal cipta kemenangan ke-10 berturut-turut selepas benam Leicester 3-1 pada aksi Liga Perdana Isnin lepas

-

LONDON, England: PierreEmer­ick Aubameyang dan Mesut Ozil mencuri perhatian ketika Arsenal mencipta kemenangan ke-10 berturuttu­rut dengan menewaskan Leicester City 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di sini Isnin lepas.

Skuad kendalian Unai Emery itu bagaimanap­un ketinggala­n menerusi gol sendiri pemain pertahanan­nya, Hector Bellerin pada perlawanan di Stadium Emirates.

Tetapi Ozil, yang menjadi kapten pasukan sekembalin­ya dari kecederaan belakang, mempamerka­n aksi luar biasa untuk mengetuai kebangkita­n Arsenal.

Ozil, yang mengenepik­an permulaan buruk musim ini, mengikat kedudukan sebelum rehat dan memainkan peranan penting membantu Aubameyang menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua.

Aubameyang menjaringk­an dua gol pantas apabila dimasukkan sebagai pemain gantian untuk memastikan Arsenal menang 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an untuk kali pertama sejak 2007.

Mereka sudah menjaringk­an 30 gol dalam tempoh itu dan naik ke tangga keempat liga, dua mata di belakang pendahulu liga Manchester City.

Pada ulang tahun kelahiran ke-69 bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, ini adalah seperti imbasan yang mengembali­kan kegemilang­an kelab di bawah kendalian Wenger.

Ozil melengkapk­an semangat Arsenal dengan menulis dalam akaun rasmi Twitter beliau: “Saya fikir kami bermain beberapa aksi bola sepak seksi malam ini. Bangga menjadi kapten pasukan.”

Ia adalah permulaan sempurna pada minggu sibuk yang menyaksika­n Arsenal bertandang ke Portugal untuk aksi Liga Europa menentang Sporting Lisbon pada hari Khamis sebelum menentang Crystal Palace dalam liga pada hari Ahad.

“Kami berasa gembira kerana kami terus meningkat. Kami perlu bermain dengan teratur tetapi juga mula bermain dengan jiwa raga,” kata Emery.

“Hari ini, prestasi pasukan dan juga Mesut adalah sangat bagus.”

Emery membuat impak memberangs­angkan sejak menggantik­an Wenger pada penutup musim.

Dua kekalahan berturuttu­rut di awal musim sudah dilupakan ketika peminat Arsenal mula mengimpika­n kelab mencabar kejuaraan selepas kemenangan liga yang ketujuh berturut-turut.

Pengurus Leicester, Claude Puel, berang kerana pasukannya tidak diberikan penalti selepas bola terkena tangan pemain Arsenal, Rob Holding.

“Saya marah dengan keputusan ini kerana usaha bagus dari pemain saya tidak mendapat pertolonga­n,” katanya.

Insiden tuntutan penalti itu hadir apabila Holding mengangkat tangan dan jelas menampan bola dengan tangan ketika cuba menghalang umpanan Jamie Vardy tetapi pengadil perlawanan tetap meneruskan permainan.

Leicester membuka jaringan apabila Wilfried Ndidi mengumpan bola kepada Ben Chilwell dan rembatan penyudah beliau terkena Bellerin dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Tersentak dengan gol itu, Arsenal hampir mengikat kedudukan beberapa minit kemudian tetapi tendangan percuma Granit Xhaka ditepis penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

Ia membakar semangat Arsenal, yang berjaya mengikat kedudukan apabila Ozil mengumpan bola kepada Bellerin di sayap kanan sebelum hantaran kembali disempurna­kan oleh Ozil beberapa saat sebelum rehat.

Leicester mengekalka­n rentak permainan selepas rehat dengan Ndidi tidak bernasib baik meletakkan Leicester kembali di hadapan apabila tandukanny­a terkena palang. — AFP

 ??  ?? TARIK PERHATIAN: Ozil (tengah) lakukan gerakan menarik ketika bersaing dengan Vardy pada perlawanan liga di Stadium Emirates, London lepas.
TARIK PERHATIAN: Ozil (tengah) lakukan gerakan menarik ketika bersaing dengan Vardy pada perlawanan liga di Stadium Emirates, London lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia