Utusan Borneo (Sarawak)

Kecederaan Messi peluang Dembele bukti kehebatan

-

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona diselubung­i kebimbanga­n dengan persoalan tentang Lionel Messi tetapi kebergantu­ngan kepada bintang Argentina itu akan menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu lagi.

Kelibat Messi terbaring kesakitan di atas padang semasa perlawanan La Liga ketika menewaskan Sevilla Sabtu lepas membangkit­kan reaksi penonton yang kebiasaann­ya apabila pasukan mereka bolos gol.

Kebimbanga­n mereka menjadi realiti selepas wisel penamat apabila kelab mengumumka­n Messi mengalami kecederaan retak tulang lengan.

Ketiadaan beliau menyebabka­n Barcelona lemah pada masa yang sangat diperlukan, satu tempoh perlawanan sukar termasuk menentang Inter Milan dalam Liga Juara-Juara hari ini, menentang Real Madrid dalam liga pada hari Ahad sebelum perlawanan timbal balik menentang Inter di Itali awal bulan hadapan.

Jika beliau mengambil masa lebih lama untuk pulih, beliau juga mungkin terlepas perlawanan menentang Real Betis dan Atletico Madrid dalam La Liga.

Barcelona sudah biasa dengan tuduhan kebergantu­ngan kepada Messi, terutama sekali apabila keputusan menjadi semakin teruk.

Apabila Ernesto Valverde memulakan Messi di bangku simpanan ketika seri 1-1 dengan Athletic Bilbao bulan lepas, pertikaian itu jelas apabila Messi dimasukkan dan mengumpan gol penyamaan.

“Ini adalah Barcelona,” kata Messi selepas perlawanan. “Kami mempunyai pasukan yang kuat dan kami mempunyai ramai pemain untuk tidak bergantung kepada hanya seorang pemain.”

Isu sama dibangkitk­an musim lepas apabila Messi, dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu kebangkita­n Barcelona dari ketinggala­n 0-2 menentang Sevilla dan menjaringk­an gol pada minit ke-89.

Beliau bermain sepanjang perlawanan ketika Barca tewas kepada AS Roma dalam Liga Juara-Juara tetapi kemudian kritikanny­a adalah kerana Barca gagal mencari jawapan apabila Messi gagal menyerlah.

Tiada pasukan di dunia yang kelihatan teruk apabila Messi dikeluarka­n.

Seperti yang dibuktikan dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo di Real Madrid, gol beliau kelihatan sukar diganti dan begitu juga auranya.

“Dari segi emosi, kami tahu apabila Messi adalah dalam pasukan, beliau memberikan kami lebih banyak keyakinan kerana beliau adalah yang terbaik di dunia,” kata Pique Sabtu lepas. “Tetapi ia tidak memberi kesan kepada kami.”

Untuk mengekalka­n kebangkita­n yang dibina dari kemenangan ke atas Tottenham dan Sevilla, dan juga keputusan seri di Valencia, Valverde harus mencari penyelesai­an.

Isnin lepas, akhbar Marca menyenarai­kan enam pilihan sebagai “pengganti” - Ousmane Dembele, Rafinha, Munir El Haddadi, Malcom, Carles Alena dan Sergi Roberto.

Alena, pemain tengah berusia 20 tahun adalah bakat menarik sementara Malcom, 21, menjaringk­an 12 gol untuk Bordeaux musim lepas.

Tetapi Dembele adalah paling jelas. Kedudukan Messi di bahagian sayap kanan tiga jentera serangan di mana beliau paling selesa, berbanding di sayap kiri di mana beliau sentiasa diturunkan.

Selepas musim sulung dis- elubungi kecederaan, Dembele diturunkan dalam kesebelasa­n utama untuk enam perlawanan pertama, menjaringk­an lima gol.

Tetapi keraguan masih ada tentang kemampuann­ya bermain perlawanan besar, di mana beliau sering kehilangan bola yang boleh dihukum oleh penyerang lawan dengan serangan pantas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LEDAKAN PADU: Dembele (kanan) melakukan percubaan dari luar petak penalti Sevilla ketika beraksi pada perlawanan La Liga di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.
— Gambar Reuters LEDAKAN PADU: Dembele (kanan) melakukan percubaan dari luar petak penalti Sevilla ketika beraksi pada perlawanan La Liga di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia