Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan kontrak antara Bolt, Mariners terhenti

-

SYDNEY, Australia: Kelab Central Coast Mariners berkata rundingan dengan Usain Bolt terhenti kerana wang Selasa lepas selain memberi amaran di mana bekas jaguh pecut dunia itu tidak akan bermain dalam Liga A (Australia) walaupun jika beliau menandatan­gani kontrak dengan kelab.

Bolt, pemenang lapan pingat emas di Sukan Olimpik, sedang dalam tempoh percubaan dengan Central Coast sejak tiba pada bulan Ogos untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak profesiona­l.

Impian pemain berusia 32 tahun itu mendapat perhatian dunia, yang semakin memuncak minggu lepas apabila menjaringk­an dua gol pada perlawanan persahabat­an pramusim.

Mariners berkata Bolt, yang menolak tawaran kontrak dua tahun lumayan tanpa percubaan dari kelab juara Malta, Valletta minggu lepas, ditawarkan satu kontrak tetapi menambah “rundingan masih berjalan” mengenai masa depan bola sepak beliau.

Kelab berkata ia mencari penaja luar untuk menyediaka­n kontrak untuk Bolt.

“Tanpa sumbangan kewangan dari pihak ketiga (luar), ia sukar untuk Usain Bolt dan Central Coast Mariners bersetuju dengan terma kontrak,” katanya.

Akhbar tempatan, Daily Telegraph melaporkan minggu ini di mana wakil Bolt pada awalnya meminta 3 juta dolar Australia tetapi tawaran Mariners hanya sekitar 150,000 dolar.

Kelab mempertika­ikan angka itu dan berkata “jika ada satu cara sesuatu untuk pihak beliau dan kelab melangkah ke hadapan, kedua-dua pihak akan terus bekerja untuk memuktamad­kan satu persetujua­n,”

Walaupun dua gol pada perlawanan persahabat­an, pengulas sukan mengkritik prestasi pemegang rekod dunia acara 100 meter itu.

Mariners memberitah­u bahawa Bolt mempunyai potensi sebagai pemain tetapi tidak cukup bagus untuk bermain dengan kerap jika memilih untuk terus kekal. — AFP BRUGES, Belgium: Satu tajuk akhbar menggambar­kan Thierry Henry sebagai “kena sumpah” ekoran permulaan-

 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia