Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Juara-Juara: Henry berdepan tugas sukar di Bruges

-

nya sebagai jurulatih Monaco dan bekas bintang bola sepak Perancis itu pastinya terdesak untuk melupakan semua itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Club Brugge dari Belgium.

Perlawanan pertama Henry sebagai jurulatih baharu Monaco berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Strasbourg dalam Ligue 1 Perancis Sabtu lepas, di mana malam beliau dicemari kesilapan penjaga gol, penyingkir­an pemain dan kecederaan.

Tajuk akhbar itu muncul dalam akhbar sukan harian L’Equipe dan perlawanan itu menjelaska­n Henry mempunyai satu tugas yang sukar.

Monaco, kelab di mana Henry memulakan karier sebagai pemain sebelum menyerlah di Arsenal, berada dalam keadaan kritikal selepas tewas lima perlawanan terakhir dan mengharung­i 11 perlawanan tanpa menang.

Mereka mengharung­i permulaan terburuk satu musim dalam tempoh 65 tahun dan tempoh paling lama tanpa menang dalam liga untuk satu dekad.

Monaco mungkin sering dipersenda­kan kerana kurang penyokong yang hadir setiap perlawanan tetapi mereka mempunyai asas penyokong setia yang pastinya bimbang dengan pasukan mereka, kurang dari 18 bulan selepas memenangi Ligue 1 dengan bergaya.

“Saya menyedari bahawa ia adalah sukar untuk membentuk sesuatu selepas hanya dua hari bekerja,” kata Henry hujung minggu lepas ketika merujuk pelantikan­nya beberapa hari sebelum perlawanan.

Persediaan perlu lebih bagus jika Monaco mahu mengutip mata pertama mereka dalam aksi Kumpulan A Liga JuaraJuara apabila bertandang ke Belgium.

Bagi Henry, ia satu kepulangan awal ke negara di mana beliau menjadi penolong jurulatih kebangsaan Belgium, Roberto Martinez.

Tewas kepada Atletico Madrid dan Borussia Dortmund bermakna Monaco masih tanpa sebarang mata dalam pertanding­an ini dan perlawanan hari ini menentang juara Belgium itu menawarkan kedua- dua pihak peluang terakhir untuk menghidupk­an saingan.

Apa yang lebih realistik, kedua-dua pasukan ini akan bersaing tempat ketiga untuk terus beraksi di Eropah tetapi dalam Liga Europa. Mereka akan bertemu sekali lagi di Stade Louis II pada 6 Novem- ber depan.

“Kami perlu melihat perkara positif. Pasukan ini bermula dari sifar,” tegas pemain tengah Monaco, Youri Tielemans tetapi tiada banyak perkara positif dari penampilan sulung Henry sebagai jurulatih.

Beliau mengambil risiko menurunkan Radamel Falcao yang baharu kembali dari beraksi bersama Colombia dan terpaksa dikeluarka­n sebelum rehat kerana kecederaan.

Dengan dua penjaga gol utama, Danijel Subasic dan Diego Benaglio cedera, penjaga gol ketiga berusia 22 tahun, Seydou Sy diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan kesilapann­ya menghadiah­kan gol pembukaan buat Strasbourg.

Dalam separuh masa kedua, Henry memasukkan Samuel Grandsir tetapi pemain muda berbakat itu dibuang padang tiga minit selepas dimasu- kkan.

Ia permulaan buruk buat penjaring terbanyak bola sepak Perancis tetapi sekarang beliau berharap untuk membimbing Monaco untuk memburu kemenangan pertama dari 11 perlawanan Liga Juara-Juara.

Situasi jelas sukar tetapi Henry – yang memenangi trofi Liga Juara-Juara sebagai pemain bersama Barcelona – tahu apa yang beliau hadapi di Monaco, selepas menolak tawaran menjadi jurulatih Bordeaux di awal musim.

“Ia berbeza kerana sekarang beliau membuat segala keputusan tetapi beliau mempunyai falsafah di mana say fikir boleh membantu kami mula memenangi perlawanan,” kata Nacer Chadli, yang pernah bekerja bersama Henry dalam skuad kebangsaan Belgium. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia