Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pemain Malaysia berentap kejohanan golf amatur Dunia

-

ISKANDAR PUTERI: Lima pemain Malaysia antara 350 pemain golf amatur yang memberi saingan pada pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) ke-24 di empat kelab golf di negeri ini, bermula semalam hingga Jumaat (26 Okt).

Pengerusi penganjur, Lokman Ishak berkata kelima-lima pemain itu ialah Loh Junyou, Azwan Abu Bakar, Sufian Riba, Datuk Jamaluddin Abdul Razak dan Zannuar Md Dum.

Junyou akan bermain bagi kategori A (handicap 0-5); Azwan Kategori B (handicap 6-10); Sufian Kategori C (handicap 11-15); Jamaluddin Kategori D (handicap 16-20) dan Zannuar Kategori E (handicap 21-25).

Kelima-lima mereka akan berdepan dengan pemain dari 31 buah negara termasuk empat negara yang baharu pertama kali menyertai kejohanan iaitu Jepun, New Zealand, Surinam dan Estonia.

Menjadi tuan rumah buat kali kedua untuk kejohanan itu selepas Kuala Lumpur pada tahun lepas, Malaysia juga mempunyai tujuh pemain untuk berentap dalam kategori jemputan.

“Kejohanan kali ini berlangsun­g di Forest City Golf Resort, The Els Club Desaru Coast, Horizon Hills Golf and Country Club dan Palm Resort Golf and Country Club.

“Semua pemain adalah pemenang pada peringkat akhir kebangsaan di negara masing-masing, seterusnya layak mewakili negara mereka untuk pusingan akhir WAGC di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada perasmian hari pertama kejohanan itu di sini, semalam.

Kejohanan dianjurkan bersama Tourism Johor dan Tourism Malaysia itu dirasmikan oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Presiden Persatuan Pelanconga­n Golf Johor, Kolonel (B) Mohd Jamal Salleh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Tunku Abu Bakar (empat kanan) bergambar bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (empat kiri), Penaung WAGC, Datuk Ir. A. Sani Karim (tiga kanan) dan Presiden Persatuan Pelanconga­n Golf Johor Malaysia, Mohd Jamal Salleh (tiga kiri) selepas melakukan ‘Tee Off’ sebagai simbolik bermula Kejohanan Golf Amatur Dunia ( WAGC) di Forest City Golf Resort, Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Tunku Abu Bakar (empat kanan) bergambar bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (empat kiri), Penaung WAGC, Datuk Ir. A. Sani Karim (tiga kanan) dan Presiden Persatuan Pelanconga­n Golf Johor Malaysia, Mohd Jamal Salleh (tiga kiri) selepas melakukan ‘Tee Off’ sebagai simbolik bermula Kejohanan Golf Amatur Dunia ( WAGC) di Forest City Golf Resort, Iskandar Puteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia