Utusan Borneo (Sarawak)

Taqwa A ungguli Kejohanan Street Soccer

-

BINTULU: Skuad Taqwa A muncul juara Kejohanan Street Soccer PAKK 2018 sempena Hari Sukan Negara (HSN) di pekarangan Naim Paragon Bintulu, hujung minggu lalu.

Naib juara dimenangi oleh Playngos FT dan tempat ketiga masing-masing diraih bersama Belia Sinaran A dan Belia Sinaran B.

Juara, naib juara menerima hadiah wang tunai RM300, RM200 berserta piala dan medal serta kupon makanan.

Manakala tempat ketiga bersama menerima RM150 setiap pasukan termasuk piala dan medal serta kupon makanan.

Kejohanan anjuran Pusat Aktiviti Kanak- Kanak (PAKK) Bintulu, Pasukan Pelindung Kanak- kanak (PPKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu, Hikmah Bintulu dengan kerjasama Naim Paragon Bintulu itu berlangsun­g dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari disempurna­kan penyampaia­n hadiah oleh Pengurus Besar Wilayah Naim Paragon Bintulu, Abang Mahathir Mohamed.

Turut hadir Pegawai JKM Bintulu Taddy Ajin, Pengerusi PAKK Bintulu Janudin Ab Rahman, Penyelaras PAKK Bintulu Muhamaad Khairul Mukhsin Sadim, Pengerusi Hikmah Bintulu Yusuff Ali, Penyelaras PPKK JKM Bintulu, Farizah Tudin dan penyelaras kejohanan, Arman Ahmadi.

Mahathir berkata, Paragon berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan penganjur menjayakan program sihat itu sekali gus berharap kerjasama itu dapat diteruskan masa akan datang.

Katanya, sukan landasan terbaik membentuk nilai dan semangat kesukanan sihat, memupuk semangat muhibah, tolak ansur dan pembinaan moral serta fizikal berkualiti kalangan komuniti.

“Syabas kepada pasukan menang dan yang kalah jangan berputus asa sebaliknya mencuba lagi pada pertand- ingan masa akan datang kerana kalah menang adat pertanding­an,” katanya.

Dalam pada itu, Janudin berkata kejohanan sempena HSN itu mengeratka­n kerjasama serta persahabat­an golongan remaja sekali gus membawa mereka terlibat aktiviti berfaedah.

Penyertaan peserta khusus remaja 18 tahun dan ke bawah mengikut kategori umur kanak-kanak disertai 18 pasukan.

 ??  ?? JUARA: Skuad Taqwa A muncul juara Kejohanan Street Soccer PAKK 2018 bersama (dari kanan) Janudin, Taddy, Mahathir, Yusuff dan yang lain.
JUARA: Skuad Taqwa A muncul juara Kejohanan Street Soccer PAKK 2018 bersama (dari kanan) Janudin, Taddy, Mahathir, Yusuff dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia